Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Ibu Mengandung Jangan Ditegur Makan Banyak…Sensitif!” – Neelofa Disoal Makanan Penuh Pinggan

by Puteri Alia
March 3, 2023
VIA Instagram & TikTok

VIA Instagram & TikTok

190
KONGSIAN
Share on Facebook

“paling menyampah kalau orang tegur banyaknya makan, rasa macam nak campak je kt muka dia pinggan tu, takpe la mak dia tegur tu….” – netizen

Kalau bab makan memang sensitif buat ibu mengandung! Pendek kata, sebaik sahaja orang sekeliling mengetahui bahawa sedang hamil, kadangkala itu pesta makanan pun bermula.

Namun, masih ada segelintir individu yang dikatakan terlalu ringan mulut atau lancang menegur sang ibu yang kelihatan terlalu ghairah dan berselera sebaik sahaja melihat hidangan makanan yang terhidang di depan mata.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok yang memperlihatkan pengacara terkenal, Neelofa yang sedang “asyik” memilih makanan serta lauk-pauk yang diambil memenuhi pinggan selebriti berkenaan.

Menjengah ke rungan komen video berkenaan, rata-rata netizen meluahkan perasaan tidak puas hati kepada individu yang menegur Neelofa itu kerana dikatakan mengganggu mood wanita hamil yang ingin menjamu selera.

VIA TikTok

Bagaimanapun, individu berkenaan bukanlah sosok yang tidak dikenali Neelofa, ianya dikatakan merupakan salah seorang ahli keluarga besar selebriti berkenaan yang turut sama mengerjakan umrah ketika ini.

VIA Instagram

Warganet berpendapat bahawa soal makanan merupakan isu sensitif bagi para ibu kerana ianya merupakan nutrisi penting. Malah karenah serta pengalaman kehamilan itu juga berbeza bagi setiap kaum wanita.

Umum mengetahui bahawa selebriti popular ini, dilaporkan hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya, menjadi tular.

Ada yang mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu sedang hamil namun Neelofa dikatakan menyembunyikan kehamilan anak keduanya itu meskipun perut sudah kelihatan berbeza ketika ini.

Jika sebelum ini hanya makan sepinggan nasi sahaja  namun ketika hamil kini mampu makan berganda daripada porsi biasa.

Neelofa Akui Paksa Diri Tonton Video Islamik, Cemburu Tengok Orang Khatam Al-Quran

Bahkan, sudah menjadi arahan lazim jika disuruh makan lebih kerana katanya perlu berkongsi dengan bayi dalam kandungan.

Ungkapan ini pasti sudah biasa didengari oleh mana-mana wanita hamil daripada orang sekeliling, bahkan sebut saja soal makanan yang anda teringin nikmati, tidak mustahil terhidang di depan mata.

VIA TikTok

Mengidam sesuatu makanan itu menjadi perkara biasa buat status ibu yang sedang mengandung dan ia menjadi “kewajipan” untuk para suami memenuhi keinginan sang isteri bagi menjaga emosi serta nutrisi yang diperlukan.

Makan sahaja apa yang diinginkan asalkan mommy happy dan bayi juga sihat.

Apa-apa pun Murai MY sentiasa mendoakan kesihatan Neelofa dan bayi dalam kandungannya!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
neelofa
https://lomp.at/99fnw
Share76Tweet48SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem