Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

“Be True & Botanical”- Moist Diane Kenalkan Sabun Badan Yang Lebih Semula Jadi, Mesra Alam!

by Soph Azz
March 6, 2023
Foto - Arkib Miss Murai

Foto - Arkib Miss Murai

Share on Facebook

Lebih mesra alam sekitar dan bercirikan kelestarian, jenama penjagaan diri Moist Diane kini melancarkan produk sabun badan; yang menampilkan dua siri iaitu Be True dan Botanical.

Memandangkan siri terbaru ini menggunakan bahan semula jadi seperti buah zaitun, minyak organik dan ekstrak botani; sabun badan ini dikatakan sangat lembut pada kulit, selamat untuk bumi dan boleh digunakan pada bayi.

BE TRUE: Lebih Lembap & Bersih

Sekadar info, botol sabun siri Be True ini diperbuat 96% daripada plastik kitar semula dan tidak duji pada haiwan.

Memperkenalkan dua varian dalam siri Be True, kedua-dua sabun ini mengandungi bahan utama yang sama iaitu buah zaitun yang berkualiti tinggi diimport khas dari Tuscany, Itali.

#1 HEALTHY Mild Moisture 

Selain daripada makan sayuran hijau untuk lebih sihat, apa kata kamu dapatkan manfaat yang sama daripada sabun HEALTHY? Ini kerana sabun tersebut mengandungi bahan seperti minyak alpukat, cica dan basil; memberikan kulit manfaat yang ekstra seperti pengambilan salad secara berkala.

Foto – Watsons / Instagram

Sesuai untuk semua jenis kulit, sabun HEALTHY yang memberikan kelembapan ringan secara semula jadi ini berkemampuan untuk beri kesegaran berpanjangan. Malah kalau kamu rasa badan seperti bersisik, naik jerawat atau merengsa, memang sesuailah nak pakai sabun ini.

#2 RELAX Rich Moisture 

Siapa yang memiliki kulit yang kering pasti tahu betapa susahnya nak mencari sabun badan yang sesuai kan? Menerusi siri ini, Miss Murai syorkan untuk kamu cuba sabun RELAX ini.

Foto – Watsons / Instagram

Mempunyai campuran bauan buah-buahan dan sayur, sabun RELAX ini mengandungi bahan seperti limau gedang, mentega shea, ekstrak kale dan susu oat. Setiap bahan-bahan dalam sabun ini, dikatakan sesuai untuk kulit normal hingga kering kerana ia boleh melembapkan, mencerahkan sambil menanggalkan sel kulit mati. Ala-ala sabun dua dalam 1, iaitu exfoliate sambil melembapkan.

KAO Malaysia dengan Kerjasama Watsons Lancar Kempen “Skin Protection, Life Perfection”

BOTANICAL: Mesra Kulit & Sangat Lembut 

Berbeza daripada siri Be True, siri Botanical ini pula direka khas untuk mesra kulit dan paling best mak-mak boleh guna pada bayi juga. Menerusi siri ini, ada empat varian yang kamu boleh cuba:

Foto – Watsons
  1. Refresh & Smooth – Mempunyai bauan buah-buahan musim panas, sabun ini melincinkan dan membaiki kulit yang rosak akibat matahari.
  2. Protect Soap – Mengandungi bauan honey verbena, sabun ini sesuai untuk mereka yang nak melindungi kulit daripada bakteria dan kerosakan akibat persekitaran.
  3. Refresh & Moist – Bauan citrus savon, sabun ini pula adalah sangat ringan dan memberi kulit rasa cergas serta sensitif.
  4. Deep Moist – DIselit dengan bauan madu citrus, sabun ini sangat melembapkan dan sesuai untuk kulit kering dan sensitif.
Foto – Watsons

Psst… Selain guna pada badan, kamu juga boleh guna pada rambut ye. Dengar kata sabun-sabun dalam siri ini boleh suburkan rambut dan sesuai untuk kulit kepala yang sensitif.

Siri Be True [Botol 400ml: RM32.90 / Isian semula 340ml: RM23.90] dan siri Botanical [Botol 500ml: RM28.90 / Isian semula 400ml: RM19.90] ini boleh dibeli di seluruh kedai Watsons ye.

Happy shopping!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
moist dianemoist diane be truemoist diane botanicalsabun moist dianeWatsons
https://lomp.at/ro2o5
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem