Tuesday, June 17, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Gara-gara Unicorn, Orang Ramai Berkumpul Di COOLBLOG MYTOWN

by Phic ARMAN
March 6, 2023
Share on Facebook

Jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios, Coolblog mengesahkan bahawa ramai yang telah berhimpun dan beratur panjang di cawangan Coolblog Mytown berikutan video Anidajaafar yang tular baru-baru ini yang menampilkan seekor unicorn di outlet tersebut.

Sebagai penjelasan lanjut, unicorn yang terlihat adalah hasil daripada penggunaan teknologi Realiti Berperantara (AR) yang boleh diakses melalui pengimbasan kod QR di mana-mana outlet Coolblog sempena pelancaran baharu siri Magical Unicool jenama tersebut.

Siri Magical Unicool yang diperkenalkan khas oleh Coolblog diilhamkan daripada unicorn yang melambangkan dunia fantasi dan kisah dongeng. Minuman terbaru ini terdiri dari tiga pilihan yang menarik dan menyegarkan iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle, dan Unicool Twinkle yang dilengkapi dengan mini marshmallow Fluffy Cloud Bits dihasilkan untuk menceriakan hari-hari pelanggan Coolblog.

View this post on Instagram

A post shared by Anida Jaafar (@anidajaafar)

Melalui inisiatif ini, selain meningkatkan mood pelanggan yang melangkah masuk ke kedai mereka, Coolblog juga ingin menggandakan pengalaman magis para pelanggan dengan menyediakan promosi masa terhad di mana mereka hanya perlu berkongsi gambar di media sosial dan tag Facebook dan Instagram Coolblog untuk menikmati voucher minuman percuma*.

View this post on Instagram

A post shared by Coolblog Malaysia (@coolblogmalaysia)

Pihak Coolblog meluahkan perasaan teruja melihat sambutan rakyat Malaysia terhadap inisiatif Unicorn AR ini dan bersedia untuk memberikan tawaran dan pengalaman yang lebih menarik di masa akan datang!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Coolblog Malaysia
https://lomp.at/6uf3a
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Momen Penuh Emosi: Tunku Azizah Peluk Menantu Jadi Sorotan Warganet

  3. 3

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  4. 4

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem