Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

“Takut Sangatkah Orang Islam Dengan Scene Mentega Terbang?” – Ustazah Asma Harun Gesa Filem Ini Dihapuskan!

by Puteri Alia
March 6, 2023
VIA Instagram

VIA Instagram

599
KONGSIAN
Share on Facebook

“Terdapat beberapa dialog yang secara jelas mempersenda dan meremehkan agama Islam, bahkan membawa mesej Pluralisme Agama…”-keluh Ustazah Asma Harun

Mendidih hangat di segenap penjuru dimensi laman sosial baru-baru ini mengenai filem Mentega Terbang yang didakwa bercanggah dengan ajaran Islam. Cubaan suntikan ideologi yang memandang mudah soal akidah kini semakin berani dan secara terang-terangan apabila naskah filem ini ditayangkan di sebuah laman penstriman online.

Lihat sahaja bagaimana dahsyatnya dialog-dialog yang dilontarkan dalam filem berkenaan yang sudah nyata membawa tentangan agama Islam.

“Kalau ada agama lain yang menarik lebih daripada islam dan kalau rasa ingin tukar atau peluk agama lain, teruskan sayang” – Antara dialog dalam “FIlem Mentega Terbang” Padam segera filem kerana ini soal aqidah umat Islam” – tulis Ustazah Asma Harun

Ideologi jahil ini sedang mewabak dan bernanah dalam masyarakat, apatah lagi disiarkan sebagai tontonan hiburan. Jika tidak dibendung akan menyeret lebih ramai mangsa dalam kalangan kelompok anak muda yang jahil.

VIA Google

Memperhalusi permasalahan ini, pendakwah bebas Ustazah Asma Harun tampil memuat naik kenyataan mengenai isu yang hangat diperkatakan itu di laman Instagram miliknya, menyeru agar filem berkenaan dipadam serta-merta.

Malah, rata-rata warganet turut berpendapat bahawa ulama kontemporari wajib berani menyanggah wacana kelompok ini secara terbuka serta memanfaatkan kemudahan dunia digital masa kini.

Menjengah ke ruangan komen hantaran berkenaan, pelakon wanita Diana Danielle juga turut meluahkan pendapatnya serta kekesalan berkenaan isu yang berbangkit.

VIA Instagram

Menurut sebuah laman portal, bagi kelompok Islam liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi, “Tidak ada paksaan dalam agama”. (Al-Baqarah: 256)

Menurut Harakah Daily, tafsiran ulama tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri.

Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman.

Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya. Murtad membawa kepada implikasi hukuman mati berdasarkan perundangan Islam, sebagaimana hadis riwayat daripada Imam Bukhari.

Oleh yang demikian, diharapkan pihak berkuasa membuat penelitian serta siasatan yang mendalam mengenai filem berkenaan. Semoga tindakan tegas dapat diambil jika benar ianya melanggar hukum syarak serta akidah Islam.

What’s your Reaction?
+1
10
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1
+1
6
https://lomp.at/wberb
Share240Tweet150SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem