Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Muat Naik Gambar Berserta Kenyataan Rindu, Zizan Razak Kini Bercinta Dengan Awek Bawak Moto Besar?

by Puteri Alia
March 7, 2023
VIA Instagram

VIA Instagram

Share on Facebook

“Eceyy…cintan cintun dengan awek moto besar nampak? kami sokongggg je zan” – kata peminat

Siapa tidak senang jika mempunyai kekasih hati yang mempunyai perwatakan lucu dan suka berjenaka. Pastinya hidup dipenuhi gelak ketawa dan riang sentiasa.

Namun begitu ianya tidak menjamin apa-apa dalam sesuatu perhubungan kerana soal jodoh itu rahsia Tuhan.

Memuat naik gambar di laman Instagram, pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak berkongsi rasa rindu terhadap seseorang yang dikenalinya iaitu pelakon baharu, Ahirine Ahirudin, 26.

Jika sebelum ini setiap kali artis wanita berkahwin, pasti netizen mempersoalkan jodoh pelawak popular Zizan Razak, apatah lagi semua artis yang pernah dikaitkan dengannya sudah pun mendirikan rumah-tangga.

Justeru, kali ini apabila pelawak ini berkongsi gambar Ahirine seolah-olah memberikan hint tentang sesuatu rasa yang mungkin ramai tidak tahu.

VIA Instagram

Bagaimanapun, kesahihan itu tidak dapat dikenal pasti kerana sehingga kini tiada sebarang pemakluman mengenai siapakah teman wanita Zizan.

“Keje dia ketawa je. Takde keje lain. Lama tak jumpa dia. Rindu pulak rasa kat budak @ahirineahirudin”- tulis Zizan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju jika benar Zizan dan Ahirine menjalinkan hubungan cinta kerana kelihatan secocok bersama.

VIA Instagram

Ahirine yang terkenal dengan aktiviti sukan lasak sentiasa berkongsi perkembangannya di laman Instagram miliknya.

Topik Berkaitan Nam Ron Jadi Antara Wajah Pilihan UNIQLO, Gayakan Siri EZY Jeans
VIA Google

Terdahulu, nama pelakon wanita ini pernah dikaitkan dengan Farid Kamil yang ketika itu berkongsi video sedang membantunya memakai topi keledar sebagaimana dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menurut sumber laporan Harian Metro, disebabkan gosip berkenaan yang tersebar meluas, Ahirine akhirnya terpaksa bertindak untuk tampil menjelaskan  mengenai status beliau dengan pelakon kegilaan ramai wanita itu memandangkan orang ramai menyebut nama isteri Farid, Diana Danielle di ruangan komen video berkenaan.

Kini, sama ada benar atau tidak Ahirine merupakan kekasih baharu Zizan masih menjadi tanda-tanya kerana mengetahui bahawa mereka sememangnya rapat atas faktor-faktor tertentu sahaja.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ahirine Ahirudindiana daniellefarid kamilZizan Razak
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara