Ahli parlimen PAS menggesa kerajaan untuk “mengawal” penganjuran konsert artis asing seperti kumpulan Kpop, Blackpink.
Dilaporkan oleh FMT, ketika bercakap di Dewan Rakyat, Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) berkata konsert sebegitu telah menimbulkan “sedikit rasa kurang senang” di kalangan umat Islam.
“Saya ingin membangkitkan satu isu yang membimbangkan masyarakat Islam di negara ini… konsert dan persembahan artis luar yang semakin banyak diadakan (di sini),” katanya.
“Antaranya ialah artis seperti Westlife, OneRepublic, MAMAMOO, Jay Chou, dan yang terbaru, kumpulan K-pop Blackpink.
“Tidakkah kerajaan boleh mengawal penganjuran konsert luar negara, yang semakin diberi ruang di negara kita?” dia tanya.
Ahli Parlimen penggal pertama itu berkata bahawa “kebanjiran” peminat pada konsert Blackpink Sabtu lalu tidak selari dengan nilai penduduk majoriti Islam di negara ini.
Tambahnya, konsert itu tidak sepatutnya dianjurkan lebih-lebih lagi berikutan banjir yang melanda tiga negeri.
Konsert Blackpink di Stadium Nasional Bukit Jalil dilaporkan menarik kira-kira 60,000 orang. Untuk rekod, ia menjadi konsert antara paling ramai dalam sejarah Malaysia. Sehingga hari Konsert Siti Nurhaliza pada tahun 2004 yang paling ramai diikuti konsert Ar Rahman yang berlangsung pada penghujung Januari yang lalu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.