Tutur kata adalah antara perlakuan yang sukar untuk dikawal oleh manusia apatah lagi ketika sedang marah. Bak kata pepatah lidah itu lebih tajam daripada mata pedang.
Justeru, dengan anugerah yang dikurniakan Allah kepada manusia yang berupaya untuk menuturkan apa sahaja bentuk kata-kata berdasarkan dorongan hati, nafsu dan akal perlulah digunakan ke arah kebaikkan kerana tanpa iman, kata-kata yang dikuasai nafsu akan sentiasa membasahi lidah manusia.
Malah, kemarahan yang tidak terkawal boleh merosakkan sesebuah perhubungan, jadi kawal lah tutur kata dalam apa jua keadaan.
Sebagai contoh, pelakon Fasha Sandha yang sebelum ini mengalami kecedera ketika menjalani penggambaran telefilem Anak Tuan bersama Azhan Rani di Johor Bahru, meraih pujian warganet kerana berjaya mengawal kemarahan meskipun “dicederakan” ketika membawa watak lakonan.
Malah aktres ini memilih untuk tetap menjaga tutur kata dan tidak menunding jari kepada mana-mana individu yang terkait namanya dalam insiden berkenaan.
Memuat naik gambar di laman Instagram, fasha mengucapkan ribuan terima kasih atas titipan doa dan berkongsi suasana di wad sakit seolah-olah seperti kebun bunga kerana dipenuhi kiriman hadiah serta jambakan bunga daripada orang ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keperibadian Fasha kerana tidak bertindak untuk memaki-hamun individu yang telah menyebakan beliau ditimpa musibah sebegini sehingga dikatakan hampir buta.
Sungguh manis setiap kata-kata yang dilontarkan menerusi mesej yang dikongsi kepada tatapan umum setelah menerima mohon maaf daripada individu-individu yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Apa-apa pun Murai MY mendoakan agar Fasha segera dikurniakan kesembuhan serta tetap tersenyum walau apa jua keadaan!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.