Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Kerana Sering Menjinjit Beg Tangan Ini, Nama Gucci Jackie Ilham Daripadanya. Tapi Siapakah Beliau?

by Lisa Ghani
March 9, 2023
Foto - Gucci

Foto - Gucci

73
KONGSIAN
Share on Facebook

Masuk butik Gucci, koleksi Gucci Jackie yang mencuri perhatian. Rekaan ikonik tapi edgy, membuatkan penampilan yang ringkas drastik berubah. Penangan Gucci Jackie lain macam, sampaikan ia masih menjadi pilihan sehingga ke hari ini. Harry Styles, IU, Dakota Johnson, antara peminat beg tangan ini.

Tahukah kamu, Gucci menamakan semula koleksi ini sempena wanita pertama Amerika Syarikat? Tapi apa kisahnya sampai Gucci berbuat begitu? Gucci Jackie pada asalnya dinamakan Constance.

Foto – Gucci

Dipetik daripada Harpers Bazaar, ceritanya ialah pada tahun 1964, tiga tahun selepas Constance pertama kali dikeluarkan, Jackie Kennedy Onassis pergi ke butik Gucci dan keluar membawa enam beg berbentuk bulan sabit itu.

Gaya wanita pertama Amerika Syarikat, Jackie Kennedy Onassis sentiasa menjadi perhatian paparazzi. Sejak itu, setiap kali gambarnya ditangkap, beg tangan menjadi peneman setia beliau. Dek kerana mempopularkannya, ini mendorong Gucci untuk menukar nama Constance kepada ‘the Jackie’.

Foto – Gucci

Mengetengahkan gaya hobo yang mudah untuk di-mix and match, tidak hairanlah wanita ini memakainya di bandar, di lapangan terbang, semasa bercuti, ke mana sahaja berada.

Beg Gucci Jackie tidak banyak berubah sejak tahun 1961, yang merupakan bukti reka bentuknya yang abadi.

Presiden John F. Kennedy (JFK) dan Jackie Kennedy adalah pasangan emas Amerika sepanjang tahun 50-an dan awal 60-an. Perkahwinan mereka penuh dengan cabaran, daripada skandal JFK yang curang kepada kehamilan Jackie. Pengakhiran hidup mereka juga tragis, di mana JFK ditembak mati dan Jackie didiagnosis kanser limfa.

Foto – Getty

Sebelum menjadi Wanita Pertama Amerika Syarikat, Jackie Kennedy adalah seorang penulis untuk Washington Times-Herald. Sementara itu, John F Kennedy adalah seorang ahli kongres yang bekerja dalam bidang politik.

Dilaporkan People, pasangan itu berkenalan selepas diperkenalkan oleh rakan pada tahun 1952.

“Abang saya benar-benar terpikat dengannya sejak awal apabila dia mula-mula bertemu dengannya semasa makan malam,” dakwa adik lelaki John Ted Kennedy dalam buku America’s Queen, Sarah Bradford 2000.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
gucci jackiejackie kennedy
https://lomp.at/aa1rs
Share29Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem