Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home missmurai

Buka Puasa Di Hotel Sekitar KL Dengan Pakej Buffet Ramadan 2023 Yang Best!

by Soph Azz
March 9, 2023
1.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyambut bulan Ramadan. Selain dapat fokus sepenuhnya pada ibadah, apa yang membuatkan ramai orang teruja termasuklah orang bukan Islam adalah buffet Ramadan.

Iyalah, waktu bulan Ramadan inilah satu-satunya masa yang kita boleh rasai pelbagai jenis makanan. Tak kiralah sama ada makanan Melayu, Timur Tengah, Barat dan bermacam-macam lagi di satu tempat.

Tanpa membuang masa, Miss Murai nak kongsikan beberapa hotel di sekitar Kuala Lumpur (KL) dan Selangor yang menawarkan pakej buffet Ramadan yang terbaik. Psst… Kalau kamu cepat, boleh dapat harga early bird tau!

Pullman KLCC

Bagi mereka yang mencari hidangan buffet tempatan dan antarabangsa di satu tempat yang sama, kamu boleh dapatkannya di ‘Bazaar Dinner Buffet’ di Restoran SEDAP, Pullman KLCC. Selain daripada buffet Ramadan yang berlangsung pada 25 Mac-21 April 2023 ini, Pullman KLCC turut menawarkan pelbagai pakej seperti:

Bazaar Dinner Buffet, Restoran SEDAP 

Foto – Rafzan Tomomi
  • Tarikh: 25 Mac-21 April 2023
  • Masa: 6:30 petang – 10 malam
  • Harga: RM 238 (Dewasa) | RM119 (Kanak-kanak 6-12 tahun)

Pembelian baucar early bird sehingga 25 Mac 2023: M178.50 (Dewasa), RM89.25 (Kanak-kanak 6-12 tahun) dan kanak-kanak bawah 6 tahun makan secara percuma. Manakala aliran percuma durian pula dengan tambahan RM50 bagi setiap seorang.

Muhibbah ALa Carte Menu, Red Chinese Cuisine 

  • Tarikh: 15 Mac-25 April 2023
  • Masa: 12 tengahari – 3 petang / 6:30 petang – 10 malam
  • Menu yang disyorkan: Sup makanan laut Szechuan dengan pilihan hidangan utama yang berperisa
Foto – Rafzan Tomomi

Ole-Ole Raya Goodies 

  • Tarikh: 25 Mac-25 April 2023
  • Masa: 12 tengahari – 6 petang
  • Tempahan: Pesanan mesti dibuat sehari awal, pengambilan atau penghantaran disediakan

Antara juadah yang ditawarkan:

  1. Kurma diimport (300G) – RM25
  2. Tart Nenas (200g) – RM28
  3. Almond London (300g) – RM28
  4. Rainbow Slice Cookies (300g) – RM28
  5. Dodol Durian / Pandan (300g) – RM28
  6. Serunding Kari Ayam (200g/pes) – RM35
  7. Asam Pedas (!80g) – RM35
  8. Pes Sambal (180g) – RM35
  9. Jem Kurma (180g) – RM35
  10. Cupcake Raya (9 ketul/kek coklat) – RM68
  11. Kurma Karamel (1kg/order sehari awal) – RM180
Foto – Rafzan Tomomi

Bakul Juadah Berbuka 

  • Tarikh: 25 Mac-25 April 2023
  • Masa: 12 tengahari – 6 petang
  • Tempahan: Pesanan mesti dibuat sehari awal

Menu bakul yang disediakan:

  1. Kek Mentega (Kek Mentega Asil, Kek Pisang dan Kek Marble – 12 keping setiap satu): RM35
  2. Lemang dan Ketupat (Pulut buluh, stew daging dan serunding ayam): RM55
  3. Panggang (Sayap ayam kelapa herba tempatan panggang – 10 ketul): RM55
  4. Kuih-Muih (8 jenis kuih dengan 4 ketul setiap satu): RM55

Golden Pillow Bread 

  • Tarikh: 25 Mac-25 April 2023
  • Masa: 12 tengahari i- 6 petang
  • Menu: Kari Ayam Kering (RM80/1kg) / Daging Rendang Tok (RM120/1kg) / Lamb Varuval (RM120/1kg)
  • Tempahan: Sehari awal, pilihan penghantaran atau pengambilan disediakan

Sepetang High Tea Set 

  • Tarikh: 25 Mac-25 April 2023
  • Masa: 2 petang – 5:30 petang
  • Harga: RM188/set (2 orang dewasa)
Foto – Rafzan Tomomi

Sahur Buffet 

  • Tarikh: 23 Mac-21 April 2023
  • Masa: 4:30 pagi – 5:30 pagi
  • Harga: RM50 (Dewasa) / RM25 (Kanak-kanak 6-12 tahun)

Cuti Raya Packages 

  • Pakej Pasangan: dari RM699nett ( 2 dewasa)
  • Pakej Keluarga: dari RM899nett (2 dewasa + 2 kanak-kanak)
  • Tempoh Tempahan: 1 Mac-18 April 2023
  • Tempoh Penginapan: 25 Mac-21 April 2023
  • Tempahan: +603 2170 8888  / E-Mel

Pakej termasuk:

  • 2 hari 1 malam penginapan dengan buffet sahur
  • Buffet Ramadan di Restoran SEDAP
  • Pengalaman khemah dalam bilik (tertakluk pada ketersedian – Pakej Keluarga)
  • Kemudahan kanak-kanak, kit lukisan, hiasan donut (Pakej Keluarga)

Pilihan Bilik:

  • Pasangan – Bilik Deluxe, Premium, Premium Grand atau Residence 1 bilik tidur
  • Keluarga – Bilik keluarga, kediaman 2 bilik tidur atau 1 bilik tidur

Raya Open House 

  • Tarikh: 22 April-21 Mei
  • Ketersediaan: Makan tengahari dan makan malam
  • Harga: RM158 (Early bird: Potongan 20% jika tempah dan bayar sebelum 21 April 2023)
  • Tempahan atau penghantaran: +6016 290 3864 (WhatsApp) / E-Mel

W Kuala Lumpur 

Bermula 24 Mac-21 April 2023, nikmati buffet ‘Bazaar Malam’ di W Kuala Lumpur, yang menampilkan sentuhan pasar malam yang gah dengan pelbagai jenis stesen yang hidangkan makanan tempatan. Daripada stesen kerabu, daging kambing, kudapan, sajian mee, nasi, lauk pauk, sate, roti john hingga ke pencuci mulut seperti ais kacang, cendol dan kuih muih.

Foto – W Kuala Lumpur

Bazaar Malam di FLOCK, Tingkat 8:

  • Tarikh: 24 Mac – 21 April 2023
  • Masa: 6:30 petang – 10:30 malam
  • Harga: RM288nett (Dewasa) / RM144nett (Kanak-kanak 6-12 tahun)
  • Kanak-kanak bawah 5 tahun percuma, 1 kanak-kanak bagi setiap orang dewasa yang membayar
  • Diskaun 15% untuk CIMB, AFFIN Bank, RHB, Hong Leong Bank, Maybank, UOB, Standard Chartered dan bank terpilih lain (termasuk kad kredit dan debit)
  • Tawaran early bird: Tempahan antara 3-10 Mac 2023 dan nikmati potongan 25%
  • Tawaran minggu pertama Ramadan: Makan malam dari 24-30 Mac 2023 dan nikmati potongan 20%
Foto – W Kuala Lumpur

Juadah Citarasa Bazaar & Hari Raya Buffet (Pakej Jamuan)

Tersedia untuk majlis korporat atau makan malam privasi bersama rakan atau keluarga, pakej ini termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut. Setiap tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan termasuklah Nasi Briyani, sate, makanan laut panggang dan banyak lagi.

  • Juadah Citarasa Bazaar 1: RM208+ (Dewasa) / RM104+ (Kanak-kanak)
  • Juadah Citarasa Bazaar 2: RM228+ (Dewasa) / RM114+ (Kanak-kanak)
  • Hari Raya Buffet 1: RM208+ (Dewasa) / RM104+ (Kanak-kanak)
  • Hari Raya Buffet 2: RM228+ (Dewasa) / RM114+ (Kanak-kanak)

Ramadan Rendezvous (Pakej Bilik)

Pakej bilik yang eksklusif memberi peluang untuk tetamu menikmati hidangan sahur sama ada secara privasi di bilik atau di restoran dan hidangan buffet di FLOCK. Tetamu juga boleh nikmati faedah lain seperti akses percuma ke pusat kecergasan, kolam renang, diskaun makan dan minum serta spa.

  • Tarikh tempahan: 2 Mac – 21 April 2023
  • Tarikh penginapan: 23 Mac – 21 April 2023
  • Maklumat lanjut dan tempahan: W Kuala Lumpur (marriott.com)
Foto – W Kuala Lumpur

Set Hadiah Eksklusif & Luxeri-Tea x Nurita Harith 

Luxeri-Tea di Woobar menawarkan minum petang yang diselitkan dengan kelainan fesyen yang diinspirasikan oleh Nurita Harith. Antaranya adalah Ginger Flower Bon Bon, Coconut Gula Melaka Bon Bon, Pandan Gula Melaka Cake, Sambal Lobster, Malaysia Burger, Ayam Perchik Sandwich atau Spicy Floss. Tetamu boleh pilih mana-mana dua item daripada troli.

  • Tarikh: 24 April – 22 Jun 2023
  • Masa: 3 petang – 5 petang
  • Harga: RM168nett
  • Penghantaran: RM198nett/seorang
Foto – W Kuala Lumpur

Manakala hamper hadiah Salam Lebaran Eksklusif pula:

  • Harga: RM388
  • Tempahan hamper: 20 Mac – 21 April 2023 (pre-order sehari awal)
  • Pengambilan atau penghantaran: 27 Mac sehingga hamper habis
  • Pesanan pukal: 25-49 (potongan 5%) / 49 dan ke atas (potongan 10%)
  • Masa penghantaran: 2-5 petang

The RuMa Hotel & Residence 

Untuk buffet Ramadan di SANTAI, The RuMa Hotel & Residence pada 28 Mac-20 April 2023, kamu berpeluang untuk menikmati pelbagai makanan Melayu. Ada rendang, sate, lemang, laksa, rojak, daging panggang, aiskrim Malaysia hingga ke hidangan ringan.

Foto – The RuMa Hotel & Residence

Buffet Ramadan SANTAI

  • Tarikh: 28 Mac-20 April 2023
  • Masa: 6:30 petang
  • Harga: RM218nett
  • Promosi: Pra-pembelian sebelum 31 Mac 2023 untuk diskaun 20% (Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 hari awal & tak tersedia untuk walk-in)
  • Tempahan dan pertanyaan: +603 2778 0614 (WhatsApp atau hubungi)
Foto – The RuMa Hotel & Residence

Juadah Aidilfitri 

Hadiahkan pada yang tersayang atau diri sendiri, sekotak juadah Aidilfitri yang menampilkan tiga pilihan kurma, empat jenis kuih raya dan sampul raya yang elegan.

  • Harga: RM128 sekotak
  • Pesanan atau pertanyaan: +603 2778 0745 / E-mel: IRD@theruma.com

Mandarin Oriental Kuala Lumpur 

Dari 23 Mac-22 April 2023, restoran Mosaic di Mandarin Oriental Kuala Lumpur menawarkan buffet ‘Santapan Warisan Melayu’ yang menampilkan hidangan istimewa dari 13 negeri di Malaysia seperti Udang Galah Lemak Asam Nenas (Perak), Siput Sedut Lemak Kuning (Negeri Sembilan) hingga ke Puyuh Goreng Berempah Bonda (Perlis).

Tetamu yang menempah antara 15 Februari-19 Mac 2023, kamu boleh nikmati diskaun sehingga 25% ke atas jumlah bil.

Santapan Warisan Melayu Buffet 

  • Tarikh: 23 Mac-24 April 2023
  • Masa: 6:30 Petang – 10:30 malam
  • Harga: RM298nett

Hari Raya Brunch 

  • Tarikh: 22-23 April 2023
  • Masa: 12:30 tengahari – 3:30 petang
  • Harga: RM245nett
Foto – Mandarin Oriental Hotel

The Mandarin Cake Shop 

Bagi tetamu yang mencari hadiah, kamu boleh dapatkan pelbagai pilihan makanan temapatan seperti buah-buahan kering, tart nenas, samperit, kurma, dodol, kek lapis.

  • Tarikh tempahan: 13 Mac 2023 dan ke atas (tempahan perlu 48 jam lebih awal)
  • Tempahan: Di kedai atau secara talian [SINI]

The Chow Kit – An Ormond Hotel 

Bermula 23 Mac-21 April, The Chow Kit menawarkan ‘Citarasa Melaya’ yang terdiri daripada hidangan popular masyarakat Melayu seperti laksa Johor, ayam percik, ikan bakar, udang sambal petai berlada, daging masak gulai, cucur udang, teh tarik, milo hingga ke pencuci mulut; sago gula Melaka dan bubur pulut hitam.

Foto – The Chow Kit

Citarasa Malaya 

  • Tarikh: 23 Mac – 21 April 2023
  • Harga: RM420++ (3 tetamu)
  • Tetamu yang datang dalam kumpulan lebih besar, ada pilihan tambahan seperti Kambing Bakar atau Kari Kepala Ikan (setiap satu hidangan RM150/ 3 tetamu)
  • Maklumat dan tempahan: WEB / +603 2778 6688

Selamat menyambut bulan Ramadan!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
buffet ramadan 2023buffet ramadan klbuffet ramadan selangor
https://lomp.at/hnoaw
Share446Tweet279SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem