Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

‘Lah Yeke…Selepas 10 Tahun Baru Tahu’- Peminat Tak Sangka Yana Samsudin Penyanyi Asal Lagu Alahai Mami Jarum

by Puteri Alia
March 9, 2023
VIA TikTok

VIA TikTok

Share on Facebook

Sebut sahaja lirik lagu terkenal Alahai Mami Jarum, pasti ramai yang dapat menyambung lirik nyanyian tersebut.

Mana tidaknya, lagu berkenaan merupakan trademark bagi filem Mami Jarum (2003) yang terkenal sebagai ‘makcik bawang original’ atau ‘acik petir’ yang gemar bergosip serta menayang emas perhiasan.

Filem Mami Jarum sangat terkenal suatu ketika dahulu pada awal tahun 2000-an namun siapakah penyanyi asal yang mendendangkan lagu berkenaan?

Jawapannya ialah, Yana Samsudin!

VIA TikTok

Mungkin ramai yang mengenali Yana Samsudin atau Norliana Shamsudin sebagai pelakon dan pengarah sahaja namun, aktres serba kebolehan ini juga sebenarnya merupakan penyanyi lagu-lagu tema dalam filem terkenal seperti Mami Jarum, Hingga Hujung Nyawa, dan drama-drama terbitan MIG Production.

VIA Google

Apa yang lebih mengejutkan, selepas 10 tahun filem berkenaan ditayangkan serta ada yang telah tonton lebih 10 kali namun masih tidak mengetahui bahawa Yana merupakan penyanyi asal sejak filem itu mulai popular.

Baru-baru ini, sebuah akaun TikTok, @aniq_syazriel atau lebih dikenali sebagai Ceo of Throwback telah membuat video pendedahan bahawa Yana merupakan penyanyi filem tersebut.

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut dan tidak percaya kerana kebanyakkan netizen baru mengetahuinya sehingga hari ini.

VIA TikTok

Terdahulu, yana pernah membuat pengakuan bahawa beliau hadir ke dalam industri hiburan sebagai seorang penyanyi iaitu pada tahun 2004 tetapi album itu tiada sebarang promosi.

VIA Google

Namun kerana peluang mengembangkan bakat dalam lakonan dan pengarahan pada ketika itu lebih terbuka luas, Yana terpaksa melupakan hasratnya untuk terus menyanyi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
mami jarumYana Shamsudin
Share4Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara