Selamat atau tidak, tindik telinga si kecil, atau lebih spesifik untuk yang masih bayi lagi? Menindik telinga anak ketika masih bayi akan menyebabkan mereka lebih mudah mendapat infeksi. Ini kerana mereka masih belum mempunyai sistem imuniti yang kuat.
Tetapi lumrahlah ada ibu bapa yang tidak kisah untuk menembak telinga sedari kecil, dan ada juga yang tidak menyukainya. Mereka memilih untuk lakukan bila si kecil sudah meningkat besar. Tepuk dada tanya selera, yang mana baik untuk anak kamu.
Mengupas hal ini, beberapa selebriti ‘rela’ menindik telinga anak mereka. Kerana itu mereka terpaksa mengadap tempias negatif netizen.
Kylie Jenner, ibu muda ini pernah berkongsi foto anak perempuannya Stormi memakai subang berlian ketika dia berusia enam bulan. Seperti adiknya Kylie, Khloé Kardashian memutuskan untuk menindik telinga anak perempuannya. Ketika True berumur dua bulan, subang berlian cantik terletak di telinganya.
Malah Priyanka Chopra juga. Apabila ayah dan bapa saudaranya menerima bintang di Walk of Fame Hollywood, Malti Marie Jonas akhirnya membuat penampilan pertama secara terbuka. Dia dilihat duduk di pangkuan ibunya Priyanka, memakai pakaian putih dan subang yang sepadan. Dia berumur kira-kira setahun.
Tapi apa pula kata doktor?
Umur sepatutnya dan risiko tindik telinga bayi
Dipetik daripada WebMd, tiada garis panduan tetap untuk menindik telinga bayi. Pilihan akhirnya terletak pada ibu bapa. Adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar pediatrik. Namun, ramai yang mencadangkan menunggu sehingga bayi berusia kira-kira tiga bulan atau enam bulan ke atas.
Sesetengah ibu bapa memilih untuk melakukannya semasa bayi, manakala yang lain lebih suka menunggu sehingga kanak-kanak itu cukup besar. Menindik telinga tidak semestinya lebih berbahaya kepada bayi berbanding orang dewasa, kerana komplikasi boleh berlaku tanpa mengira usia.
Kemungkinan risiko yang berlaku bila menindik telinga bayi
- Luka dan pendarahan
- Pembengkakan
- Kegatalan
- Reaksi alahan terhadap jarum atau anting-anting yang menyentuh kulit
- Mendapat infeksi kuman seperti nanah
- Membentuk parut atau keloids
Jika risiko-risiko ini marin memburukkan telinga si kecil, segera dibawa berjumpa dengan doktor. Ingat, sebelum lakukan sesuatu pada si kecil, dapatkan nasihat pakar.
Selamat beramal!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.