Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Mungkin Dah Tiba Masanya Ucap Selamat Tinggal Pada Kerja Bila Kamu Rasakan ‘Ini’

by Lisa Ghani
March 14, 2023
Foto - Corporate Finance

Foto - Corporate Finance

Share on Facebook

Dahulu selalu seronok malahan tidak sabar-sabar menunggu waktu untuk karja. Namun kini semuanya berubah, tidak teruja, bosan, penat, menghitung waktu untuk pulang dari kerja. Ada yang alami perasaan seperti yang penulis huraikan ini. Lumrah pekerjaan ke bila mana kamu berada ditahap tiada motivasi untuk bersiap dan pergi bekerja?

Apabila kita memilih kerja, perkara yang perlu kita titik beratkan ialah syarikat tempat kita bekerja kerana keseronokan kita bekerja seharusnya menjadi perkara utama dan menjana keikhlasan kita bekerja.

Apabila kita ikhlas dan seronok dengan kerja kita, hasilnya juga pasti cemerlang dan membanggakan. Tapi jika kamu merasakan ‘ini’ maka sudah tiba masanya kamu ucapkan Selamat Tinggal.

Tidak Menjadi Diri Sendiri

Foto – Healthline

Kita dinasihatkan untuk berhenti kerja jika di pejabat kita tidak menjadi diri kita sendiri. Karakter kita berubah dan kita sentiasa merasakan seperti sesuatu yang tidak kena pada diri kita. Malahan teman-teman sekerja juga seakan terkejut dan pelik melihat watak kita yang seringkali berubah-ubah.

Fizikal dan Mental Terjejas

Berhentilah sekiranya kita sering berasa tertekan, runsing, tidak seronok dan sentiasa risau. Jika kita sering berasa sedemikian, itu tandanya bidang dan suasana tempat kerja kita amat tidak sesuai dengan diri kita. Malahan lebih teruk lagi jika ruam-ruam mula tumbuh dan rambut semakin menipis kesan daripada tekanan yang kita alami.

Berasa Terpaksa

Setiap kali diminta melakukan tugasan kita menunaikannya tanpa rasa ikhlas dan buat ala kadar sahaja, asalkan kerja kita siap. Bila kita diminta kerja lebih masa, mulalah muka masam mencuka. Lebih teruk lagi jika kita mula susah bangun pagi dan berasa sangat berat hati untuk ke pejabat.

Foto – Corporate Finance

Kenapa perlu kekal di tempat sekarang jika kamu sudah merasa jemu dan penat. Nak bekerja kena hati ikhlas tapi kalau kamu terpaksa dan tidak seronok, maka lebih baik lepaskan diri.

P/S: Jangan kata Miss Murai hasut kamu berhenti pula ye…

Tepuk dada tanya selera, fikir apa yang terbaik untuk diri kamu. Kalau masih boleh bertahan, teruskan bekerja. Tapi kalau rasa dah sampai kemuncaknya, dan ada peluang yang lebih baik menanti. Lepaskan… Ingat kalau ada rezeki tidak ke mana.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
berhenti kerjatips motivasi kerja
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara