Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Sukanya Koleksi Rantaian Kasih HABIB 2023, Memang Stail Gen-Z!

by Soph Azz
March 17, 2023
Foto - HABIB

Foto - HABIB

Share on Facebook

Tak lama lagi bermulalah kempen raya ‘Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023’ daripada HABIB pada 23 Mac-21 April 2023 ini. Berbeza daripada sebelum ini, HABIB menampilkan kempen yang mengambil inspirasi serta menampilkan warisan tradisional Tekat.

Fakta tentang seni Tekat:

  • Seni hiasan sulaman Melayu yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas pada latar belakang baldu yang kaya dengan warnanya.
  • Dahulunya hanya dikaitkan dengan kegunaan persalinan Diraja, perhiasan istana dan upacara pertabalan.
  • Sering juga digunakan untuk menghiasi barangan majlis perkahwinan dalam masyarakat Melayu

Menariknya dengan seni Tekat tahun ini, HABIB menampilkan koleksi barang kemas yang sesuai untuk setiap lapisan umur dengan pelbagai jenis pilihan seperti…

Koleksi Arowana HABIB

Kalau kamu nak tahu, untuk koleksi ini HABIB menerapkan unsur geometri yang teliti dan halus seperti ikan naga yang penuh dengan sisik meliuk gemalai yang mempersona. Ikan ini dipilih kerana ia melambangkan tuah dan kekayaan.

Foto – HABIB
  • Koleksi ini diperbuat daripada emas 750 (18K) bertatahkan berlian yang ditawarkan dengan pelbagai reka bentuk dan kombinasi batu permata pelbagai warna.
  • Rekaan versatil di mana kamu boleh gayakan sebagai rantai leher atau kerongsang.
  • Rantai leher labuh pula dipadankan dengan loket berlian eksklusif.
Foto – HABIB

Koleksi Oro Italia 916 HABIB 

Lebih baru rekaan kegemaran ramai ini, HABIB memperkenalkan koleksi yang lebih menawan, dengan hasil gabungan seperti kemasan high polish, potongan berlian, matte dan kemasan satin.

Songket Reimagined: Koleksi Raya HABIB Satukan Warisan & Gaya Moden
Foto – HABIB
Foto – HABIB

Koleksi ini menampilkan emas 916 HABIB dengan rekaan kotemporari iaitu gabungan emas 916 berona kuning dan putih yang boleh didapati secara eksklusif di HABIB saja.

Koleksi Jejaka 

Foto – HABIB

Untuk kaum jejaka pula, tak dilupakan koleksi butang baju Melayu yang sentiasa menjadi pelengkap di pagi Raya. Hadir dalam bentuk dan warna baru, butang baju ini sesuai dipadankan dengan cincin perak paladium.

Koleksi Wafer Syiling Emas Edisi Terhad

Tak dilupakan wafer syiling emas 999.9 edisi terhad, HABIB memperkenalkan wafer syiling yang didatangkan dalam lima reka bentuk yang berbeza. Ada Bunga Cengkih, Bunga Kekwa, Bunga Padi, Bunga Raya dan Awan Larat.

Foto – HABIB

Setiap satu wafer syiling ini, kamu akan dapat rekaan sampul raya yang comel dan eksklusif!

Foto – HABIB

Untuk wajah Koleksi Rantaian di Aidilfitri 2023, HABIB memperkenalkan Sharifah Rose sebagai wajah selebriti yang memperagakan koleksi tahun ini.

Maklumat lanjut tentang koleksi ini, kamu boleh pergi ke www.habibjewels.com.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Habibranraian kasih habibrantaian kasih di aidilfitri 2023
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara