Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Siapa Miliki Kulit Kering Atau Rosak, Sesuai Sangat Pakai Produk Sperma Salmon Macam Selebriti Ini!

by Soph Azz
March 20, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

16
KONGSIAN
Share on Facebook

Nak jadi cantik ni sebenarnya ada banyak cara. Ada yang sukakan cara yang normal seperti lakukan rawatan di klinik estetik. Ada juga yang suka gunakan kaedah yang pelik seperti rawatan lendir siput, vampire facelift, suntikan darah manusia hingga ke lintah. Dan yang tengah menjadi trending sekarang ini pula adalah rawatan sperma salmon.

Bila fikirkan memang tak dinafikan ada rasa jijik tersebut. Tetapi menurut saintis yang melakukan penyelidikan mengenainya, mendedahkan yang sperma salmon ini ada kesan baiknya pada wajah.

Malah ianya menjadi antara bahan yang ‘panas’ dan paling berkesan berbanding dengan bahan produk kecantikan yang lain.

Boleh ke guna? Macam mana pula sperma ini berfungsi?

Mungkin ada yang bayangkan sperma ini perlu dilumurkan terus di wajah. Bukan begitu caranya kerana kamu perlu menggunakan sperma salmon yang telah melalui kaedah saintifik untuk keberkesanan dan keselamatannya.

Foto – Kahi / Pop Mama / Suiskin

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh saintis, sperma salmon ini menjadi bahan rebutan wanita yang mahu mengelakkan daripada penuaan berlaku. Jadi sperma salmon ini mempunyai kebaikan dalam meningkatkan keanjalan kulit dan juga penghasilan tahap kolagen yang tinggi.

Sekadar info, sperma salmon juga dikenali sebagai salmon pdrn (polydeoxyribonucleotides).

Biasanya sperma salmon ini akan diambil daripada ikan salmon trout atau chum salmon kerana ianya berfungsi dengan menyasarkan protein tertentu apabila diransang. Katanya kalau ada luka, sperma salmon boleh menyembuhkan dengan kadar yang cepat.

Kenapa perlukan bahan ini daripada testis salmon? 

Ahli biokimia dan saintis di Amerika Utara, Kenna Whitnell mendedahkan testis salmon adalah kawasan yang mengandungi jumlah DNA sperma salmon yang sangat tinggi. Dan paling penting proses pengesktrakannya lebih mudah serta jimat kos.

Foto – Naturepl.com

Tambahnya lagi, salmon mempunyai DNA yang sama dengan manusia. Jadi bila gunakan sperma salmon dalam produk kecantikan, mudahlah ia nak ‘masuk’ dan blend dalam fungsi selular kita.

Siapa yang perlu pakai? 

Bagi Miss Murai, semua jenis kulit sesuai untuk pakai produk yang mengandungi sperma salmon. Tapi sangat disyorkan untuk mereka yang memiliki kulit jenis kering dan rosak untuk gunakannya. Ini kerana sperma salmon memiliki keupayaan untuk pulihkan keanjalan kulit, baiki kelembapan barrier dan kurangkan keradangan.

Foto – SCMP

Berbanding dengan sel darah putih, sperma salmon boleh sembuhkan dan pulihkan luka seperti luka jerawat yang belum sembuh dengan cepat.

Walaupun begitu, ada juga orang yang tak sesuai untuk gunakan sperma salmon ini. Dan golongan tersebut adalah mereka yang vegan atau pun alah kepada ikan. Sebagai gantian, mereka ini boleh gunakan Vitamin A, Vitamin C atau retinoid.

Psst… Antara selebriti yang pernah gunakan sperma salmon ini adalah Krisdayanti, Kim Go Eun dan juga Doja Cat. Agak-agaknya, kamu sanggup tak nak pakai sperma salmon di wajah?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kahi salmon spermkebaikan rawatan sperma salmonrawatan sperma salmon
https://lomp.at/twjt5
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem