Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Diana Danielle Buang Semua Gambar Farid Kamil, Tutup Ruangan Komen

by Zaidin Albert
March 21, 2023
Share on Facebook

Susulan trending isu pelakon Diana Danielle fail cerai terhadap Farid Kamil, berlakunya perdebatan di kalangan netizen di media sosial. Rata-rata netizen menyerang akaun Instagram pasangan ini sejak semalam. Lebih menakutkan ada yang meninggalkan kata-kata negatif yang sesiapa sahaja akan rasa mengjengkelkan.

Walaubagaimanapun, hasil pemerhatian MURAI MY, ruangan komen di akaun instagram Diana telah ditutup. Memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, terbaru Diana hanya memuatnaik gambar OOTD dengan mengenakan busana hasil rekaan Samm Republic.

Malah dia menyebut nama @san_singh7 sebagai individu yang menggayakan penampilannya ketika menghadiri acara yang dianjurkan oleh LAZADA.

Jika anda perasan, gambar-gambar Diana dan Farid sudah tiada lagi dalam rangkaian fotonya di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Mungkin Diana dapat menghidu bahawa ramai yang akan meninggalkan komen berkaitan kemelut rumahtangganya, dia segera menutup ruangan komen. Ada baiknya tindakan ini, sekurang-kurangnya dapat elakkan orang ramai menabur fitnah dan mengeluarkan kata-kata negatif. Maklumlah, orang kita kan suka jaga tepi kain orang, betul tak?

Foto ini sahaja menerima lebih 28k tanda suka berbanding foto sebelumnya yang hanya meraih 8k sahaja. Ini menunjukkan ramai yang menantikan update terkini dari Diana untuk mengetahui punca dia menfailkan cerai kepada Farid.

Bukan netizen sahaja, MURAI sebagai media juga terkejut dengan khabar ini. Ini kerana baru-baru ini, MURAI menghadiri sidang media Filem Anwar The Untold Story dan terlihat Diana menemani Farid sebagai bintang utama filem tersebut. Diana begitu romantik mendampingi suaminya dan tidak menunjukkan sebarang tanda mereka mengalami kemelut rumahtangga.

Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6.


What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  5. 5

    Fatiya Latiff Dedah Realiti Dunia Seni, Akui Tidak Lagi Jadi Pilihan Untuk Watak Utama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara