Artis Paling Disegani Setakat Ini, Pernah Ada Isu Rumahtangga Pun Mizz Nina Tetap Diam Tanpa Membuka Aib Bekas Suami

476
KONGSIAN

Sering tular di media sosial kisah rumahtangga suami isteri yang bergolak. Tidak cukup dengan itu, ada dalam kalangan pasangan secara terbuka mendedahkan aib pasangan bagi membuktikan mereka ‘jaguh’ dalam pergolakan itu.

Tanpa kita sedar dalam hubungan suami isteri, antara perkara dilarang adalah mendedahkan aib pasangan masing-masing kepada orang yang tidak berhak mengetahuinya.

Ia boleh jadi percakapan di tempat kerja, luahan di media sosial atau mengadukan kepada pihak ketiga yang tidak sepatutnya.

Apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri maka syarak menggalakkan agar suami dan isteri tahammul iaitu bertahan tetapi apabila melibatkan soal hati dan perasaan yang dipendam, bukan semua manusia mampu bertahan dan bersabar.

Mutakhir ini, kita dapat lihat fenomena membuka aib pasangan secara terang-terangan sudah menjadi barah dalam masyarakat kita tanpa ada perasaan bersalah atau malu dengan apa yang mereka lakukan. Lagi-lagi hari ini penyebaran aib makin meluas dengan menggunakan teknologi serba canggih.

Terdapat di dalam sebuah hadis yang meminta supaya kita menutup keaiban sendiri mahupun orang lain. Baru-baru pelbagai isu yang timbul di dalam kalangan rumah tangga selebriti tempatan sehingga boleh dikatakan sudah seperti tiada segan-silu pasangan suami isteri masing-masing membuka pekung di dada menceritakan keburukan setelah berlakunya penceraian.

Berbahas soal itu, sehingga kini nama anak kepada salah seorang bilinior Malaysia, Mizz Nina dahulunya pernah berkolaborasi dengan artis-artis antarabangsa seperti Flo Rida dan Colby O’ Donis  tetap meraih gelaran selebriti bersih tanpa kontroversi yang paling disegani rata-rata warganet.

Kalau diikutkan segala macam jenis kontroversi boleh terpalit kepadanya namun Mizz Nina kekal tenang walau apa jua halangan dan dugaan yang dihadapinya sehingga kini serta tetap menjaga aib bekas suaminya meskipun hampir 11 tahun rumahtangga yang dibina bersama artis Noh Hujan sudah musnah tahun lalu.

Berita penceraian artis Noh Hujan dengan Mizz Nina mengejutkan ramai kerana pasangan ini tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi sebelum ini.

Namun, Mizz Nina yang sangat berbeza dengan wanita-wanita lain bersikap matang dan wajar dijadikan contoh.

Kebanyakan perempuan bila bercerai, apatah lagi dengan banyaknya sokongan pada dirinya akan memilih untuk mengambil peluang menceritakan aib dan buruknya sikap pasangan secara terbuka.

Bekas pasangan selebriti popular, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dan anggota kumpulan Hujan iaitu, Mohammad Noh Salleh sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada tahun 2022.

Terdahulu, menerusi Instagram milik Noh Hujan, dia mengesahkan sudah mengakhiri perkahwinan yang dibina selama 11 tahun bersama Mizz Nina. Pasangan ini baru sahaja mengambil anak angkat, Musa sebagai penyeri rumahtangga mereka.

Rata-rata sedih mendengar keputusan tersebut, malah ramai yang memuji sikap pasangan ini yang tidak menceritakan tentang masalah rumahtangga kepada umum walaupun mereka selebriti kesayangan ramai.

Ini antara sikap Mizz Nina sebagai isteri dan ibu yang boleh dicontohi ramai. Perwatakanya yang lemah lembut, tutur kata yang baik pasti membuatkan ramai yang senang dengannya.

Terkini, menerusi Instagram rasmi Mizz Nina, rata-rata peminat memujinya tampak lebih berseri mengenakan solekan di wajah ketika membuat sebuah video promosi.

Raut wajahnya kelihatan ceria dan manis meskipun hanya menyarung telekung.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, selebriti ini memang benar-benar menjaga pemakaiannya setelah berhijrah serta bebas daripada segala kontroversi murahan.

Mahupun hijrah itu sangat dituntut namun usahlah kerana hijrah kita itu, juga membuka sejuta pintu fitnah dengan membuka aib orang yang kita pernah kenali.

Seharusnya kita membendung dan memelihara diri dari membuka lorong-lorong fitnah sama ada untuk diri kita mahupun orang lain.

+1
5
+1
9
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN