Edisi Ramadan: Port Steamboat Sedap & Murah Sekitar Lembah Klang

“Rasa macam nak makan steamboat lah untuk berbuka nanti”

Kalau kamu tiada idea nak berbuka apa nanti memandangkan kamu seorang yang berselera besar atau boleh makan dengan banyak selepas berbuka; Miss Murai cadangkan untuk kamu pilih menu steamboat sebagai juadah berbuka nanti!

Untuk edisi Ramadan kali ini, Miss Murai senaraikan beberapa port steamboat yang best; sedap dan paling penting murah di sekitar Lembah Klang.

Psst… Sambil scroll baca, jangan pula kamu kecur liur membayangkan aroma daging dan ayam digrill; berserta pilihan makanan laut dan lauk pauk lain.

ASAP Steamboat & Grill, Puchong 

Antara yang popular di Puchong, restoran steamboat ini menawarkan tiga pilihan sup daripada kari, sup ayam dan tomyam. Bukan itu saja, restoran ini turut sediakan pelbagai pilihan makanan laut dan menu yang cepat habis adalah daging kambing. Bagi pelanggan yang datang dengan kereta, ruang parkir yang luas disediakan.

MAI Steamboat & Grill, Shah Alam 

Dengan tempat yang selesa dan luas, nikmati steamboat kamu dengan kawan-kawan atau bersama keluarga. Jangan risau di sini ada banyak stesen yang menawarkan pilihan lauk-pauk untuk dipanggang, makanan bergoreng, air, pencuci mulut hingga ke makanan laut.

Malaya Steamboat & Grill, Puchong Prima

Foto – Jom Kita (Twitter)

Berharga RM45, kamu boleh nikmati steamboat dengan sepuas hati menerusi pelbagai pilihan seperti makanan laut, daging, bebola, sos pencicah, air balang, nasi goreng, mi kari hingga ke bubur. Memang puas hatilah!

Hot Pot King Steambot & Grill, Jalan Kuching KL

Terletak di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, restoran Hot Pot King ini menawarkan pelbagai pilihan lauk pauk untuk digrill atau direbus. Bukan itu saja, sempena Ramadan, restoran steamboat ini menawarkan juadah istimewanya iaitu cendol.

Monster Planet Grill & Steamboat, Shah Alam

Harga steamboat di sini boleh dikatakan antara murah dan sangat berpatutan memandangkan ia menyediakan pelbagai lauk pauk daripada daging, ayam, kambing, sotong, udang dan banyak lagi.

Selamat mencuba!

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.