Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Koleksi Skechers Hands Free Slip-ins Ini Boleh Kurangkan Sakit Pinggang

by Phic ARMAN
March 27, 2023
Share on Facebook

Skechers, sebuah syarikat global peneraju dalam gaya hidup dan kasut berprestasi, dengan bangganya memperkenalkan koleksi terbarunya, Skechers Hands Free Slip-ins™, yang membolehkan anda memasukkan kaki anda ke dalam kasut tanpa perlu membongkokkan badan atau melutut.

Mereka tampil dengan 2 koleksi terbaru yang berkonsepkan ‘hands free slip in’ iaitu Skechers Hands Free Slip-ins™ Ultra Flex 3.0 dan Skechers Hands Free Slip-ins™ GOwalk 6™

Kini ia boleh didapati dalam talian dan di kedai Skechers terpilih, Skechers Slip-ins bermanfaat untuk mereka yang mempunyai masalah sendi jika membongkok atau semasa situasi apabila tangan anda terlalu banyak benda untuk dipegang seperti bagasi atau mengendong bayi.

Skechers Hands Free Slip-ins™ Ultra Flex 3.0

Kasut ini direka bentuk secara ergonomik untuk membolehkan kaki anda tergelincir ke dalamnya dan bersedia untuk berjalan dengan baiknya. Tidak membongkok, tidak perlu menarik kasut, tidak perlu bersusah payah!

Bukan itu saja, untuk anda yang selalu tak selesa dengan tapak dalam kasut,  jangan risau sebab koleksi ini mempunyai tapak dalam bercirikan Skechers Air-Cooled Memory Foam® yang berkusyen. Jadi, lepas ni sangat selesa berjalan jauh.

Paling penting, kesemua kasut dalam koleksi ini direka dengan menggunakan 100% bahan vegan , jadi anda  boleh basuh kasut Skechers Ultra Flex 3.0 ini menggunakan mesin basuh. Pergh, terbaiklah!

Di bawah merupakan visual Skechers Hands Free Slip-ins™ Ultra Flex 3.0 untuk wanita dan lelaki yang dijual pada harga RM429.

Mudah Disarung & Tampak Casual, Skechers Hands Free Slip-ins™ GOwalk 6™ Pilihan Terbaik!

Untuk koleksi kedua Skechers ini, pasti ramai yang suka sebab bukan sahaja ia mempunyai rekaan yang sangat simple dan sporty, malah ianya lebih mudah untuk disarung sebab kasut daripada koleksi ini tidak bertali.

Cha Eun Woo Bawa Aura Oppa Dalam Koleksi Sport Skechers Terbaru

Kasut Skechers GOwalk 6™ ini menampilkan rekaan Stretch Fit® yang memudahkan anda untuk menyarung kasut tanpa perlu tunduk atau bongkok.

Di bawah merupakan visual Skechers Hands Free Slip-ins™ GOwalk 6™ untuk wanita dan lelaki yang dijual pada harga RM439.

Selain itu, rekaan tapak tengah kusyen ULTRA GO® yang ringan serta insole Air-Cooled Goga Mat™ yang membantu memudahkan pengaliran udara menjadikan kasut ini lebih selesa untuk digunakan seharian tanpa perlu membukanya.

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi Skechers Hands Free Slip-ins™ Ultra Flex 3.0 dan Skechers Hands Free Slip-ins™ GOwalk 6™, layari laman web rasmi Skechers atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

skechers
https://lomp.at/26zlc
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara