Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

Teringin Nak Memiliki Sebuah Skuter Elektrik? Blueshark R1 Baru Di Lancarkan & Harga Pun Boleh Tahan!

by Phic ARMAN
March 28, 2023
Share on Facebook

Anda peminat skuter dan sedang mencari jenama yang berteknologi terkini? Nah! Blueshark, anak syarikat Sharkgulf Technologies Group dan pembekal skuter elektrik pintar yang tercanggih di dunia, hari ini secara rasminya melancarkan skuter siri R Blueshark ke pasaran Malaysia.

Dua versi ditawarkan, iaitu R1 dan R1 Lite. Berikut adalah harga skuter Siri R Blueshark (atas jalan, tanpa insurans, termasuk pengecualian SST):

  • Blueshark R1 Lite – RM 7,190
  • Blueshark R1 – RM 9,390

Lebih kurang sama macam beli telefon pintar, dengan setiap pembelian seunit, anda akan dibekalkan 1 unit pengecas dan 2 sangga pengecas, 1 kunci Bluetooth, serta bayaran tambahan sebanyak RM 79 sebulan untuk sewaan dua pek bateri.

Selain itu, ia turut ditawarkan untuk Pakej Sewaan Korporat yang merangkumi skuter dan bateri. Berikut adalah harga atas jalan, dengan pengecualian SST, termasuk penyelenggaraan berjadual dan penggantian bahagian haus dan terhakis:

  • Blueshark R1 Lite – RM 487 sebulan
  • Blueshark R1 – RM 547 sebulan

Dengan pakej ini, ia akan dibekalkan sekali dengan 2 unit bateri, 1 kunci Bluetooth dan kad Sim Kit pengecasan rumah opsyenal dengan deposit boleh dikembalikan RM250.

Pelanggan perlu memilih pelan langganan bateri BlueSwap untuk melengkapkan sewaan skuter siri R. Berikut adalah Pelan Langganan Bateri BlueSwap:

  • BlueSwap Lite (RM 59/sebulan, sebanyak 36 pertukaran bateri)
  • BlueSwap Standard (RM 99/sebulan, sebanyak 70 pertukaran bateri)
  • BlueSwap Pro (RM 139/sebulan, sebanyak 120 pertukaran bateri)
  • BlueSwap Flex (RM 1.95, bayaran mengikut pertukaran)

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, Jin Chan, skuter siri R Blueshark merupakan sebuah kemuncak dalam usaha mereka untuk membawakan solusi-solusi yang lestari dan inovatif ke pasaran mobiliti urban.

Pihaknya percaya bahawa Blueshark R1 memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan mobiliti urban hijau menerusi penerimagunaan kenderaan elektrik beroda dua (2WEV) secara massa.

Spesifikasi Blueshark R1

Jom kita semak apa yang bers-nya skuter elektrik ini. Blueshark R1 mampu mencapai jarak operasi sejauh 110km setelah dicas penuh (kitaran NEDC) dengan kelajuan tertingginya yang mencecah 80km/j. Ia mampu menjana daya kilas puncak sebanyak 201 Nm.

Ia dikuasakan oleh motor magnet tetap elektrik 5000w yang berkelajuan tinggi di samping dua pek bateri litium besi fosfat (LFP) yang boleh ditukar ganti dengan segera di mana-mana stesen penukar bateri Blueshark (BlueStation) atau dicas penuh dalam tempoh 3 setengah jam.

Disediakan dengan lima mod tunggangan yang meliputi Walk Assist Mode (WAM) dan mod-mod Turbo, Blueshark R1 dilengkapi dengan sistem operasi pintar ArkRide®, dengan sambungan Bluetooth, navigasi GPS, pemain media, pengemaskinian OTA, perakam tunggangan dan banyak lagi, melalui papan pemuka HD IPS berwarna 10.4- inci yang mesra pengguna.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Blueshark R1Skuter
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  5. 5

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara