Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tak Salah Ada Keinginan Mahu Berubah Jadi Cantik, Peminat Minta Shuhada Labuhkan Tudung Bawah Dada

by Puteri Alia
March 29, 2023
181
KONGSIAN
Share on Facebook

Kehormatan wanita di dalam Islam amat tinggi kedudukannya. Dahulu sebelum kedatangan Islam, wanita menjadi warga kelas kedua di setiap tamadun dunia dan dianggap sebagai objek pemuas nafsu semata-mata.

Menurut sumber sejarah, tamadun Yunani menganggap wanita sebagai alat untuk bersuka-suka dan berfoya-foya. Tamadun Rom pula memberikan hak atas seorang ayah atau suami menjual anak perempuan atau isterinya. Manakala orang-orang Arab sanggup membunuh anak perempuan hidup-hidup dek kerana terbeban dengan pandangan serta perlakuan masyarakat terhadap wanita pada ketika itu.

Namun, cahaya Islam terbit menerangi kegelapan itu dengan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SWT. Kemuliaan dan hak wanita diangkat tanpa mengira kedudukan mereka dalam masyarakat sama ada golongan kaya mahupun miskin, bangsawan mahupun tidak. Malah, setiap wanita dianggap berharga hanya kerana mereka diciptakan sebagai wanita.

Bagai mutiara yang mahal harganya, Islam menempatkan perempuan sebagai makhluk yang mulia yang harus dijaga. Oleh itu, sejuk benar mata memandang kaum wanita yang bukan sekadar mengenakan hijab namun turut melabuhkan tudungnya bagi menutup dada.

Sungguhpun, ada diantara wanita pada masa kini yang melalui pelbagai ujian melawan hawa nafsu untuk sampai ke suatu peringkat dalam menutup aurat dengan sempurna.

Misalnya daripada sekadar berselendang menutup kepala tapi helaian rambut mash kelihatan hinggalah menutup sepenuhnya. Apa yang lebih baik adalah dengan melabuhkan dan melonggarkan pakaian itulah kata kuncinya.

Baru-baru ini, isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri meraih perhatian ramai di media sosial sejak krisis rumah tangga pasangan itu hangat diperkatakan. Ada netizen yang tampil menegur cara pemakaian Shuhada yang kini tampil semakin bergaya namun diingatkan untuk melabuhkan tudungnya bagi menutup dada.

Hafidz Roshdi Terlepas! Kes Tampar Shuhada Tamat Tanpa Hukuman

Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik Shuhada, perubahan fizikalnya yang semakin kurus selepas konflik rumah tangga menjadi bualan wargamaya.

Rata-rata netizen menegaskan Shuhada merupakan wanita yang mempunyai kecantikan tersendiri namun mereka turut menasihati ibu anak dua itu agar terus kekal dengan penampilan sopan.

Kata orang tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia siapa yang tahu. Itu perumpamaan yang tepat dapat diberikan kepada wanita bernama Nurul Shuhada Mat Shukri ini, selepas episod gelap dalam kehidupannya mendapat perhatian umum, kehidupan Shuhada semakin berubah.

Terdahulu gambar Shuhada semasa melakukan sesi fotografi tular kerana dikatakan berubah terus wajah Shuhada selepas disolek. Malah ada yang berpendapat wanita ini sekarang lebih terserlah kecantikannya yang sebenar.

Sebelum ini Shuhada ini didakwa terlalu low profile dan banyak memerap di rumah kerana berkorban untuk menjaga anak-anak dan suami.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
hafidz roshdinurul shuhada mat shukri
https://lomp.at/ou7x4
Share72Tweet45SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem