Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya mengimpikan rumah tangga yang bahagia kekal hingga ke syurga. Bukan sekadar mampu bertahan lamanya namun dipenuhi dengan limpahan kasih sayang yang terjalin di antara suami-isteri serta anak-anak tersayang.
Dalam erti kata lain, rumah tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Malah tidak ada mana-mana pasangan pun yang merancang untuk gagal dalam perkahwinan yang dilaluinya. Bagaimanapun tidak terkecuali ada yang beranggapan panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengahari.
Demikianlah sebuah kehidupan berumah tangga yang sering kali ditimpa badai. Namun, sejauh mana ia mampu dihadapi dan ditangani dengan sebaiknya oleh seseorang individu itu?
Berbahas soal itu, salah satu kontroversi rumah tangga yang sedang hangat diperkatakan ketika ini adalah mengenai Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sehingga ada yang berpendapat Sarah telah membuka mata para wanita di luar sana untuk menuntut bela sebagai seorang isteri jika mempunyai situasi sama yang dialami seperti pelakon ini.
Sebelum ini menerusi sumber laporan sebuah laman portal, Puteri Sarah ada membuat pengakuan bahawa setiap langkah yang diambil tiada sesalan.
Malah kemelut rumah tangga yang sedang dilanda badai itu tidak langsung menggoncang dirinya malah terus membuatkan dia lebih kuat.
Rata-rata warganet berpendapat Puteri Sarah merupakan seorang individu yang sangat tabah meskipun sedang diuji dengan pergolakan rumah tangga.
Terbaharu, Sarah ada berkongsi beberapa gambar yang menampakkan dia menyarung sebuah cincin di jari manis serta kelihatan begitu teruja dengan hadiah yang diberikan oleh seseorang.
Perkongsian Sarah itu menimbulkan pelbagai tanda tanya serta ramai pula yang menyokong untuk dia hidup bahagia bersama pasangan yang baharu kelak.
Bagaimanapun, aktres ini menjelaskan bahawa dia mendapat cincin berkenaan selepas membuat affiliate bersama sebuah jenama sehingga memperoleh sebentuk cincin sebagai hasil.
Usah membuat sebarang spekulasi kerana kes perbicaraan rumah tangga Puteri Sarah bersama suaminya Syamsul Yusof masih diteruskan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.