Sejak beberapa tahun ini, suasana perayaan Aidilfitri sememangnya kurang meriah kerana pandemik. Namun kini, pasti ramai yang tidak sabar menantikan kemeriahan Hari Raya pasca pandemik serta kunjungan keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan juga kenalan rapat.
Lantaran itu, penampilan mempesona serba VASS mampu menjadi penarik yang mencipta kenangan terindah sempena sambutan Hari Raya tahun ini apatah lagi apabila kita dapat meraikannya bersama penuh kemesraan sama seperti keadaan pra-pandemik.
Menyambut ketibaan Hari Raya 2023, jenama Halal Nombor 1 rangkaian produk penjagaan kulit serta penjagaan diri Safi bersedia menjadi Vass Supastar pilihan pengguna yang mahu mengubah penampilan diri mereka agar lebih anggun dan bergaya di musim perayaan ini.
Menurut Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI, Kazlina Mohd Kassim, pihak pengguna mampu menjadikan diri mereka kelihatan VASS dan ‘vogue’ tanpa mengeluarkan kos perbelanjaan yang besar menerusi penggunaan rangkaian produk Safi yang berkualiti tinggi serta diiktiraf Halal oleh JAKIM.
“Syampu Safi Shayla Supa Anti Dandruff baharu dengan pembungkusan berona biru muda ini sedia untuk membantu wanita berhijab tampil lebih selesa, wangi sepanjang hari dan Supa Vass di Hari Raya. Gandingkan juga rambut yang sihat dengan wajah cerah berseri melalui penggunaan Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum untuk kelihatan lebih Vass secara keseluruhan. Justeru itu, sambutan Aidilfitri pasti lebih bermakna disamping keluarga yang tercinta pada tahun ini,” tambahnya lagi.
Kelebihan utama syampu Supa biru ini ialah ia mampu mengatasi masalah kelemumur, kegatalan kulit kepala dan keguguran rambut yang khusus dialami wanita berhijab. Ia dilengkapi dengan Kuasa Supa 11-dalam-1 yang bukan sahaja berkesan mengatasi ketiga-tiga masalah utama tersebut, malah dapat memberi rasa berangin yang mengagumkan dan rambut yang lembut selepas cuci.
Kandungan wangian eksklusif Parfum Bloom di dalam rangkaian syampu ini pula dihasilkan istimewa oleh pakar minyak wangi bertaraf antarabangsa yang mampu mengekalkan haruman sehingga 72 jam.
Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum yang diformulasi dengan 100x Vitamin C dan 5% Niacinamide terbukti secara saintifik dapat membantu 3X mencerahkan kulit agar wajah kelihatan cerah berseri, bebas bintik hitam & jeragat.
Pada masa yang sama, nantikan kemunculan video Youtube bertemakan musikal raya yang bakal menemui peminat Safi pada bulan Ramadan ini.
Dibintangi barisan selebriti terkemuka tanah air seperti Kilafairy, Sofea Shra, Aniq Suhair, Jaja Iliyes serta Ainaa Azhari, video ini diinspirasikan oleh kisah ‘Cinderella’ versi moden yang menceritakan kisah seorang gadis bernama Syafi. Beliau dibantu oleh Safi Vass Supastar yang menjadikan Aidilfitrinya serba Vass namun kecemburuan dan ketidak senangan hati sepupu tirinya terserlah apabila jejaka idaman mereka menunjukkan minat kepada Syafi.
Adakah Syafi berjaya menghadapi segala cabaran dalam misi menambat hati si jejaka idaman kalbu Aidilfitri ini? Saksikan gelagat mereka yang mencuit hati menerusi video #SafiRayaSupaVass: Jodoh Syafiderella di bawah.
“Sempena musim perayaan ini, pelanggan yang membuat pembelian produk Safi bernilai RM15 ke atas akan diberikan hadiah menarik berupa syampu Safi Shayla Supa Anti Dandruff 70g atau Safi Perfect White Brightening Mask 17ml secara percuma,” ujar Kazlina.
Sementara itu, pembelian sebanyak RM35 & ke atas pula membolehkan pelanggan membawa pulang Safi Bekas Raya Vass dengan empat warna berbeza. Cantik menghiasi meja makan, kumpulkan kesemua bekas raya vass ini yang boleh didapati di pasar raya utama berhampiran anda sekarang!
Safi merupakan jenama Halal Nombor 1 yang merangkumi rangkaian produk penjagaan kulit, penjagaan diri dan mandian secara menyeluruh. Ia dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan wanita dan lelaki Muslim moden.
Rangkaian produk Safi boleh didapati di pasar raya utama serta cawangan farmasi berhampiran anda.
#SafiRayaSupaVass #SafiMalaysia #Raya2023
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.