Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Bagai Bunga Yang Nyata, Intai Betapa Mahalnya Baju BLACKPINK Jisoo Dalam ‘Flower’

by Soph Azz
April 3, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Setelah sekian lama menunggu, tahniah BLACKPINK Jisoo!

Ahli kumpulan BLACKPINK, Jisoo adalah ahli terakhir yang mengeluarkan album solonya iaitu “Me”. Selain membuatkan seluruh dunia teruja serta menanti dengan solonya, peminat BLACKPINK dan orang ramai telah ‘dijamu’ dengan pertunjukan fesyen daripada visual video muziknya “Flower”.

Lihat sahaja setiap satu penampilannya dalam “Flower”, memang high class, dah macam pertunjukan fesyen yang sering dihadirinya. Berikut Miss Murai kongsikan outfits Jisoo yang high class dan mahal dalam video muzik “Flower”…

Foto – YouTube

Gaya 1: Pada awal video yang bermula dengan gaun minii renda yang menggoda, Jisoo memakai Violet in Ca’d’oro [RM312,847.65] daripada The New Arrivals yang dipadankan dengan J’Adior slingback pump [RM5,100]. Dengan perincian korset di bahagian torso dan layered ruffle di bahagian skirt buatkan Jisoo nampak seperti puteri!

Foto – YouTube

Gaya 2: Mengenakan tiga lapisan yang berbeza, terdiri daripada Dior Short Sleeve Top [RM12,000], Dior Long Skirt With Ruffles [RM38,000] dan DiorQuake Belt [RM4,500]. Penampilannya itu dilengkapkan dengan sepasang subang Panthère de Cartier [RM272,014.50].

Foto – YouTube

Gaya 3: Bagi look yang klasik ini pula, Jisoo memilih gaun bunga Fernand daripada LEE y.LEE y [RM7,371.64] dan Tatiana Platform Sandals [RM2,667.07]

Foto – YouTube

Gaya 4: Seterusnya Jisoo mengenakan Rick Owens Asymmetric Crewneck Maxi Dress [RM7,732.41] yang dipadankan bersama Angelica satin pump daripada Amina Muaddi [RM5,268.39].

Topik Berkaitan Putus Hubungan, BLACKPINK Jisoo Gesa Keluarkan Nama Abang Dari Kredit Drama Terbarunya
Foto – YouTube

Gaya 5: Seksi dalam outfit DIOR yang serba ungu ini, Jisoo memilih kenakan koleksi pengantin daripada koleksi Versace Spring/Summer 2023. Tak dilupakan Tatiana Platform Sandals [RM5,356.86] daripada Paris Texas dalam rona yang sama!

Foto – YouTube / @sooyaa (IG)

Gaya 6: Serba merah-hitam untuk bahagian chorus, Jisoo memakai gaun Mirror Palais yang dipadukan bersama cut out sleeve [RM1,152.00] daripada Rui.

Foto – YouTube / @sooyaa (IG)

Gaya 7: Lebih ceria dengan gabungan warna hijau dan biru, bagi look ini Jisoo memilih Jimmy Choo Sailor Jupiter Boot 120 leather heeled boots [RM5,948.14] dan Susan Fang Tiny Flower Marble Print Smock Bodice Dress [RM4,074.07].

Foto – YouTube

Gaya 8: Ala-ala kelopak bunga putih yang terbang, Jisoo nampak sangat mempersona dalam Halter Neck Lace Blended Chiffon Maxi Dress [RM9,165.49] daripada pereka Turkiye iaitu Haleia.

Foto – YouTube

Gaya 9: Sisi yang jarang dilihat oleh orang ramai, Jisoo kelihatan sangat seksi dan elegan dalam gaun hot pink yang jarang daripada Rick Owens, Paris Texas Holly Crystal-Embellished boots [RM6,602.79] dan Panthère De Cartier Earrings [RM490,897.50].

Foto – YouTube

Gaya 10: Dalam salah satu scene tariannya, Jisoo sekali lagi mengenakan gaun set sequin daripada LEE y.LEE y. Menariknya, pakaian ini hanya direka khas untuk Jisoo tau!

Foto – YouTube

Gaya 11: Akhir sekali, Jisoo yang berdiri sebelah kereta sport, dilihat mengenakan crop top daripada Reparto Studio yang menampilkan grafik patchwork berbentuk hati. Crop topnya itu dipadankan bersama dengan mini skirt yang sama, dilapisi dengan sheer blue long sleeve jumpsuit dan Paris Texas Holly Crystal-Embellished Knee Boots [RM6,549.72] dalam rona silver.

Secara keseluruhan, Miss Murai memang love sangat dengan setiap outfits Jisoo terutamanya gayanya dalam pakaian sheer. Memang layak digelar visual queen!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Blackpinkblackpink jisoomv jisoo flower
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - PUMA
Fesyen

Rosé & PUMA Bergabung Tenaga, Lancar Speedcat Mule Baharu Yang Sangat Chic!

by Nurul A.
June 23, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Rosé tampil bergabung tenaga dengan PUMA, memperkenalkan Speedcat Mule. Kolaborasi ini merupakan evolusi luar biasa yang menggabungkan...

Read moreDetails
Tanoti
Fesyen

Alat Tenun Kepada Gaya Hidup, Tanoti Bawa Tradisi Kraf Hidup Borneo Ke Kuala Lumpur

by Nurul A.
August 11, 2026

Lembaran paling bercita-cita tinggi dalam sejarah 14 tahun, Tanoti menyaksikan perusahaan sosial Sarawak membuka kedai pop-up ISETAN KLCC, meluncur di...

Read moreDetails
Koleksi hijab pertama UNIQLO Malaysia
Fesyen

UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

by Nurul A.
August 5, 2026

UNIQLO bakal memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia, menandakan satu peristiwa penting bagi peruncit global itu kerana ia memperluaskan falsafah...

Read moreDetails
Jelly Bunny x Hello Kitty
Fesyen

Jelly Bunny Kembali Dengan Koleksi Kolaborasi Bersama Hello Kitty Yang Ikonik!

by Nurul A.
August 16, 2026

Khas untuk musim ini, Jelly Bunny berganding bahu dengan Hello Kitty, watak kelahiran British yang disayangi dari Sanrio dan salah...

Read moreDetails
Foto - @michaelbjordan (IG)
Fesyen

Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

by Nurul A.
July 12, 2026

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola...

Read moreDetails
Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    [VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara