Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Badan Tengah Rasa Burnout? Kamu Boleh Atasinya Begini…

by Soph Azz
April 3, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

24
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernah tak dalam satu-satu masa, kamu rasa seperti emosi, fizikal dan mental menjadi sangat letih? Atau rasa tertekan sangat? Psst… Hati-hati kalau rasa begini, mungkin kamu tengah alami burnout!

Tak kiralah di rumah, di tempat kerja, di kuliah dan sebagainya, seseorang individu boleh alami burnout tanpa dia sendiri sedar. Bila dalam situasi ini, individu tersebut boleh alami keletihan yang melampau sehingga aktiviti hariannya boleh terganggu.

Jadi bila kamu rasa seperti tengah burnout, apa yang kamu perlu lakukan untuk atasinya? Miss Murai kongsikan beberapa cara yang boleh kamu cuba untuk atasi masalah burnout yang dialami.

Sebelum itu, cari tahu dulu apa ciri-cirinya

Burnout ini boleh terjadi apabila seorang individu mengalami beberapa tandanya, tak kiralah secara mental mahupun fizikal seperti:

Foto – Pinterest
  • Sering berasa letih dan penat walaupun mendapat rehat yang cukup.
  • Tidak hiraukan apa yang dicakap atau tingkah laku yang boleh mengguris hati orang lain.
  • Sentiasa berasa gagal dalam hidup dan tidak pernah lakukan perkara yang bermanfaat.
  • Sering berasa mudah hilang fokus, fikiran melayang dan kerja yang dilakukan asyik tertangguh tanpa sebab.
  • Diri sentiasa zone out dan tak tahu apa yang dirinya mahukan.
Foto – Pinterest
  • Kerap berasa pening kepala, tidak berselera, selera makan berubah, muntah dan loya.
  • Mudah menjadi marah atau jengkel dengan mudah.
  • Tidak produktif di tempat kerja.
  • Asyik fikir untuk mengelak daripada berkumpul atau berjumpa dengan orang lain.

Bila dah tahu ciri-cirinya, kamu boleh atasi begini…

Penting untuk kamu tahu yang burnout ini tak boleh hilang dan diatasi dalam sekelip mata tau. Ianya memakan masa dan perlu dilakukan dengan konsisten. Kamu boleh cuba atasi dengan cara berikut:

  • #1 Senaraikan masalah yang dihadapi 
Foto – Pinterest

Pertama sekali senaraikan masalah yang kamu hadapi. Apa yang kamu boleh lakukan adalah, ambil sebatang pensel dan sehelai kertas. Tulis segala masalah yang kamu hadapi. Tujuannya adalah untuk mudahkan kamu faham apa masalah yang ada dan elak daripada serangan panik.

  • #2 Cuba berinteraksi dengan orang lain 

Bila badan dan mental rasa letih, memang kamu tak akan rasa nak berinteraksi dengan orang lain. Tapi Miss Murai syorkan kamu untuk kekal berinteraksi dengan sesiapa sahaja. Tak kiralah bercakap tentang hari kamu atau apa-apa sekalipun.

  • #3 Pastikan makan makanan yang berkhasiat

Cuba elakkan daripada makan makanan yang tinggi dengan kandungan gula, kafein dan lemak trans. Ini kerana ia boleh menurunkan tahap tenaga dan menggangu mood. Nak lebih baik, cuba makan makanan yang mengandungi omega-3 seperti salmon, alpukat, sayur-sayuran dan lain-lain lagi.

  • #4 Dapatkan rehat yang cukup dan berkualiti 
Foto – Pinterest

Ramai yang fikir tidur dan tak buat apa-apa. Betul, tapi rehat di sini adalah kamu perlu nikmati masa rehat dan bukannya berehat kerana kamu disuruh untuk berehat. Kamu boleh luangkan masa berehat dengan mendengar muzik, baca buku, berjalan-jalan atau tidur. Tapi kalau tidur, pastikan dapat tidur yang cukup ye…

  • #5 Seimbangkan masa antara kerja dan me-time 

Ramai yang akan cuba fokuskan pada kerja berbanding dengan masa untuk diri sendiri. Salah sebenarnya kerana kamu perlu kekalkan keseimbangan dalam kehidupan.

Foto – Pinterest

Tetapkan masa bekerja dan selepas itu lakukan apa sahaja yang kamu suka sama ada berjalan-jalan, makan atau bertemu dengan rakan sebagai ‘hadiah’ untuk diri kamu.

Kalau rasa makin teruk atau tiada perubahan positif, kamu juga boleh berjumpa dengan kaunselor tau! Semoga bermanfaat!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
burnoutburnout di tempat kerjacara atasi burnoutpunca burnout
https://lomp.at/6sl4r
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem