Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Alami Sentuhan Magik Dengan SHISEIDO Eudermine Activating Essence Yang Baru!

by Soph Azz
April 3, 2023
Foto - Shiseido

Foto - Shiseido

Share on Facebook

Dah bersedia nak alami perubahan wajah dengan sentuhan magik daripada produk terbaru SHISEIDO?

Direka khas untuk aktifkan kuasa pemulihan sendiri kulit wajah, SHISEIDO memperkenalkan produk terbarunya iaitu Eudermine Activating Essence. Produk baru ini mengandungi formula yang kaya dengan pelbagai manfaat seperti kulit bersih daripada kotoran; penampilan kulit jadi lebih segar dan bertenaga, di samping kulit diperbaharui setiap hari!

Bertekstur losyen yang ringan, lutsinar dan seakan-akan air; essence ini membantu kulit untuk dapatkan apa yang diperlukannya seperti menggalakkan penggatian sel kulit, kitaran kulit yang aktif dan menyingkirkan sel kulit mati. Walaupun baunya agak kuat, tetapi percayalah ia sangat selesa dan cepat menyerap ke dalam kulit.

Produk gabungan sains dan kecantikan 

Eudermine Activating Essence yang dirumus dengan mikrozarah minyak yang bersaiz 1/100 emulsi ini berkemampuan untuk menyerat dengan cepat; jauh ke dalam stratum korneum untuk kelembapan berpanjangan. Apabila menggabungkan sains dan kecantikan, SHISEIDO membangunkan teknologi Lifeblood terkemuka pertama di dunia yang menggunakan kuasa penyerap Ultimune dan krim Essential Energy.

Foto – Shiseido

Kemudian teknologi Lifeblood yang mengaktifkan ActiveRED ini membantu kulit menumpukan sepenuh perhatian pada pemulihan dan menyerap nutrien penting.

Bila berlakunya kitaran pembaharuan kulit yang berterusan dan kulit terhidrat, masalah seperti pori terbuka, jeragat dan kusam dapat diatasi. Hasilnya kulit yang sihat dan bermaya terhasil.

Untuk pengetahuan kamu, Eudermine Activating Essence diuji oleh pakar dermatologi, diuji bukan komedogenik, bebas paraben dan bebas minyak mineral.

Nak pakai Eudermine Activating Essence, ini caranya…

Sesuai untuk semua jenis kulit, losyen ini akan berikan kamu hasil kulit yang lebih berseri, flawless, terhidrat dan licin.

Jadi nak gunanya, pastikan setiap pagi dan petang, selepas membersihkan muka, sapukan essence dalam jumlah yang sesuai pada tapak tangan atau pad kapas anda dan ratakan pada seluruh wajah.

Foto – Shiseido

Untuk hasil yang lebih berkesan, gunakan kaedah dab untuk meningkatkan aliran darah dan pastikan essence meresap jauh ke dalam kulit.  Selepas sapukan losyen pada muka, dab perlahan dengan hujung jari dalam gerakan berterusan.

Psst… Eudermine Activating Essence ini didatangi dalam bekas baru yang boleh diisi semula. Jadi kamu boleh gantikan botol yang habis dengan pek boleh diisi semula bagi kurangkan sisa plastik sebanyak 92%.

Eudermine Activating Essence berharga RM360 dan boleh didapati di kaunter, butik SHISEIDO, iosk Sephora terpilih dan juga secara talian [DI SINI].

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
produk shiseidoshiseidoshiseido eudermine activating essence
https://lomp.at/5az6o
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem