Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Hadir Pesta Fesyen Di Mumbai, Cantiknya Zendaya Dalam Sarungan Siluet Sari Keemasan

by Lisa Ghani
April 3, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

Share on Facebook

Bollywood meet Hollywood.!

Tumpuan fesyen sekarang beralih ke Mumbai, India dengan pelancaran Nita Mukesh Ambani Cultural Centre. Merupakan ruang budaya pertama dibuka dengan pameran seni dan hiburan India. Pusat kebudayaan ini bertujuan untuk mengukuhkan infrastruktur budaya India dengan program literasi seni dan jangkauan.

Foto – Getty

Deepika Padukone, Priyanka Chopra, Karisma Kapoor, Shah Rukh Khan, Alia Bhatt, antara nama bintang Bollywood yang menghadiri majlis. Tidak ketinggalan juga bintang Hollywood seperti Zendaya dan Gigi Hadid yang mencuri tumpuan dengan busana mereka.

Di karpet merah, pesona Zendaya terserlah dalam sarungan sari berkilauan keemasan. Zendaya mengenakan sari biru dipasangkan dengan bra berhias emas oleh pereka India Rahul Mishra. Bra tersebut dihiasi dengan perincian berbentuk daun berwarna emas yang senada dengan aksesori. Memberikan kesan emas yang memukau terus terpancar.

Foto – Getty

Sari Zendaya turut dilengkapi dengan selendang yang meleret dramatik hingga menyapu lantai. Perincian pada selendang lengkap dengan sulaman floral yang menyempurnakan lagi busana tersebut.

Tidak mahu terlalu sarat, Zendaya hanya memakai gelang dan subang emas. Rambutnya pula didandan sanggul rendah, manakala, rupa paras dibuat solekan glamor dengan lip gloss merah jambu, pemerah pipi dan smokey eyes.

Foto – Getty

Pada malam itu, Zendaya tidak keseorangan. Hadir bersama sang kekasih Tom Holland yang segak dalam suit hitam.

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?
Nita Mukesh Ambani Cultural CentreZendaya
https://lomp.at/d16l2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara