Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Jom Flawless Cara Wanita Jepun, Cuci Muka Guna Kaedah ‘4-2-4’

by Lisa Ghani
April 4, 2023
Nana Komatsu. Foto - Hype

Nana Komatsu. Foto - Hype

121
KONGSIAN
Share on Facebook

Macam mana cara kamu menjaga wajah? Mulakan dengan basic cleanse, toner, moisturiser dan sunscreen sebelum mengenakan solekan.

Baru-baru ini penulis terbaca satu rahsia penjagaan kulit orang Jepun, khususnya wanita. Kata mereka bagi mencapai kulit yang sihat dan bersih, mereka percaya pada masa. Di mana mereka membuat ritual mereka sendiri untuk keli hatan sempurna dalam menyingkirkan masalah kulit.

Teknik ini memakan masa selama 10 minit dan mempunyai 3 langkah utama yang dapat menjadikan wajah bersih bersinar.

Kaedah 4-2-4 Untuk Membersihkan Wajah

Kaedah 4-2-4 adalah sistem khas yang dibahagikan kepada peringkat mengikut masa.

Satomi Ishihara. Foto – Arama Japan
  • Mulakan dengan minyak selama 4 minit.
  • Selepas itu kamu boleh menggunakan pembersih selama 2 minit.
  • Dan langkah terakhir adalah membilas selama 4 minit.

Pakar mengatakan bahawa jika kamu menggunakan kaedah pembersihan ini, kamu tidak perlu mencuci muka pada waktu pagi, hanya pada waktu malam. Tambahan, kamu tidak perlu melakukannya setiap hari. 4 kali seminggu sudah mencukupi.

Empat Minit Awal Guna Minyak

Guna minyak bertujuan meningkatkan peredaran dengan mengurut kulit selama 4 minit. Ini untuk melembutkan lapisan atas dan membantu melonggarkan liang yang tersumbat. Sangat penting untuk memilih minyak yang betul.

Guna Pembersih Yang Sesuai Selama Dua Minit

Tao Tsuchiya. Foto – Twitter

Setelah mengurut wajah, sapukan sedikit pembersih di bahagian atas minyak. Pakar mengatakan bahawa pembersih krim lebih baik daripada yang foam atau gel kerana tidak mengeringkan kulit. Bersihkan wajah selama 2 minit dengan gerakan lembut agar tidak membahayakan wajah.

Bilas Guna Air Suam Dan Sejuk

Terakhir adalah membilas. Mulakan dengan air suam selama 2 minit, kemudian selesaikan dengan air sejuk selama 2 minit lagi. Air suam dapat membilas lebihan minyak dari kulit anda dan meningkatkan aliran darah ke permukaan.

Air sejuk dapat membantu mengetatkan liang pori. Teknik ini membantu menghidrat kulit sehingga selepas prosedur, wajah kamu akan kelihatan berkilat.

Menarikkan cara mereka? Mungkin selepas ini kamu boleh cuba kaedah wanita Jepun dalam mencapai kulit idaman yang bersih berseri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
2
+1
0
cuci muka kaedah '4-2-4'rahsia jepunwanita jepun
https://lomp.at/qgvom
Share48Tweet30SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem