Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

Luka Rindu Yang Tiada Ubat, Anak Dara Arwah Harun Salim Bachik Menyanyikan Lagu Terkenang Kasih Ayah

by Puteri Alia
April 7, 2023
1.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

“aku lahir tak penah merase kebahagian sorg bernama AYAH. akan ku lakukan terbaik untk ank2 aku supaye mereka tak rase mcm mne yg aku rase dulu…” -kata netizen

Beruntunglah mereka yang masih mempunyai ibu bapa. Bagi yang masih mempunyai keduaduanya, pastinya setiap kali pulang ke kampung, mereka dapat berkongsi cerita, bergurau, makan bersama serta mencium ibu bapa mereka.

Bagaimana perasaan anak-anak yang pulang ke kampung halaman, tetapi sudah tidak dapat lagi melihat salah seorang atau kedua-duanya?

Rumah yang dahulunya pernah mengisi pelbagai kenangan indah kini suram kerana tiada lagi terdengar suara nasihat serta wajah gembira menyambut kita pulang.

Jika Allah SWT masih memberi kita rezeki dapat menatap dan mendengar suara mereka, hargailah kedua-duanya sehingga ke akhir hayat mereka.

Sekiranya ada dalam kalangan kita pernah berasa kecil hati ditegur, ingatlah itu bukan bermakna mereka tidak suka atau mahu membebankan hidup kita.

Hal yang demikian kerana kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya sudah pasti membuatkan individu dalam keluarga atau terpaling rapat terkesan. Jika dahulu boleh bersenda gurau, meluahkan rasa, menumpang bahagia, tapi kini hanya rindu membaluti hati.

Sebagai Muslim, kita harus sentiasa mengingati bahawa ujian ini tidak semestinya pahit, malah kesenangan dan kegembiraan juga ujian buat diri kita yang bergelar hamba Allah.

Berbahas soal itu, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan anak arwah Harun Salim Bachik menyanyikan semula lagu ‘Ayah Ku Kirimkan Doa’ telah menjadi perhatian ramai.

Video berkenaan tular di laman TikTok sehingga meraih 241.7k tanda suka dan 7741 komen di laman berkenaan.

Dalam perkongsian rakaman tersebut alunan suara dan bait lirik lagu itu membuatkan ramai tersedu dan terusik jiwa mendengarkannya.

Apatah lagi yang menyanyikan adalah anak Arwah Harun Salim Bachik yang turut merasakan kehilangan bapanya itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka bahawa Allahyarham Harun Salim Bachik ada meninggalkan anak yang turut berbakat dan berdarah seni sebagai legasinya.

Bahkan rata-rata warganet mengakui turut tersentuh hati mendengarkan nyanyian gadis ini. Malah ada juga yang terkenangkan orang tersayang yang telah pergi meninggalkan dunia.

Dalam berhadapan musibah, tidak dinafikan mustahil bagi jiwa seorang hamba tidak berasa sedih dengan ujian menimpa, apatah lagi ujian dilalui amat memeritkan seperti kehilangan orang tersayang, harta dan pekerjaan serta kesakitan dek wabak penyakit.

Namun, ia bukan alasan dan penghalang untuk kita terus bangkit. Yakinlah dengan kekuasaan Allah yang pasti sedang menyiapkan sesuatu buat hamba-Nya di sebalik kesusahan yang berlaku. Teruskan melangkah dan jangan berhenti mengambil hikmah serta mendidik jiwa dengan sifat reda.

Hakikatnya, kita perlu sentiasa bersyukur atas segala nikmat diperoleh hari ini seperti nikmat kesihatan, makan, hidup berkeluarga, bekerja dan apa jua nikmat yang Allah SWT kurniakan.

Bersama-samalah kita mendoakan anak dara arwah Harun Salim Bachik ini dikurniakan ketabahan serta meraih kejayaan.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
3
+1
2
Harun Salim Bachik
https://lomp.at/adcbp
Share442Tweet277SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem