Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Datuk Aliff Syukri Kurang Sensitiviti Kerana Ada Sindrom Disleksia Sejak Kecil, Bonda Rozita Mohon Maaf Bagi Anaknya

by Puteri Alia
April 7, 2023
1.5k
KONGSIAN
Share on Facebook

Apakah kelebihan orang terkenal seperti Albert Eistein, Leonardo da Vinci, Thomas Edison, penulis Hans Christian Anderson, pelakon Tom Cruise dan Orlando Bloom?

Ketahuilah mereka ini merupakan penghidap disleksia, meskipun doktor pakar dan penyelidik tidak pasti apakah punca disleksia, namun ia dipercayai akibat cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan normal.

Disleksia adalah penurunan kemampuan otak untuk menterjemahkan gambar bertulis yang diterima daripada mata menjadi pemikiran yang bermakna sebagai kecacatan tersembunyi.

Berbahas soal itu, siapa sangka individu yang miliki empayar perniagaan jutaan ringgit ini, Datuk Seri Aliff Syukri sebenarnya mengalami disleksia.

Terdahulu beliau sendiri membuat pengakuan berkenaan apabila dia mula menyedari menghidap sindrom disleksia ketika umurnya 20-an apabila tidak tahu membezakan kiri dan kanan, lambat membaca serta memahami sesuatu perkara.

Sebagai penghidap disleksia, Dato’ Sri Aliff Syukri pernah berkongsi dia sering menghadapi masalah seperti fikir terbalik, pelupa, tidak mahir membaca Al-Quran dan juga menguasai Bahasa Inggeris.

Untuk pengetahuan, disleksia bukanlah satu penyakit tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.

Lazimnya seseorang itu mengalami masalah pembelajaran seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.

Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

“Syukri ni bukan tak cerdik…sangat-sangat cerdik dan dia adalah anak lelaki muda terkaya di Malaysia” – jelas Bonda Rozita

Baru-baru ini, ibunya sendiri Bonda Rozita menerusi video di laman TikTok menceritakan bahawa anaknya itu mungkin terlihat sering meraih tohmahan serta menuai kecaman warganet dengan perlakuan peliknya itu namun disebalik watak riang yang dimiliki oleh usawahan tersebut dia sebenarnya memiliki disleksia sejak azali.

[VIDEO] "Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga" - Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

“Dia ni daripada sekolah suka menyertai pertandingan hiburan…” -kata Bonda Rozita

Meskipun tingkah-lakunya dikatakan seperti orang tidak cerdik namun sebenarnya Datuk Aliff Syukri ini mempunyai pemikiran yang berbeza serta sentiasa berbakti kepada orang ramai.

“Saya tahu rakyat Malaysia banyak kecam dia…tang dia buang salah memang dia salah…tapi tang baik dia kita jadikan sebagai ikhtibar” – jelas ibunya

“Kalau nak kecam dia…tolong jangan  babitkan dirinya serta jangan kecam anak-anak dia…sebab semua manusia mempunyai perangai yang berbeza” luahnya

Ibunya menyifatkan anak lelakinya itu sebagai seorang yang pemurah kerana tidak pernah sesekali culas membayar cukai dan zakat sehingga dikatakan sebagai pembayar terbanyak.

Bagaimanapun, ibu kepada ahli usahawan ini memohon maaf bagi pihak anaknya serta berharap orang ramai dapat menerima kekurangan anaknya itu sekali gus berharap untuk tidak terlalu mengherdik dan mencaci antara satu sama lain.

What’s your Reaction?
+1
19
+1
3
+1
3
+1
2
+1
7
+1
6
aliff syukri
https://lomp.at/uxbvv
Share595Tweet372SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem