Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Ciuman Tangan Buat Kali Terakhir”- Netizen Sebak Lihat Momen Puteri Sarah Dan Suami Sebelum Cerai

by Puteri Alia
April 10, 2023
10k
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkahwinan adalah bentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam.

Menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita mula belajar untuk berkongsi kasih sayang, pandangan, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat.

Namun setelah rumah tangga terpaksa menempuh badai yang melanda sehingga menemui jalan buntu, pastinya perpisahan merupakan jalan terakhir yang pasti diambil oleh kedua-dua pihak bagi mengakhiri penderitaan yang dihadapi mereka.

Malah apabila hal tersebut berlaku, menjadi satu perkara normal apabila satu-satu pasangan, suami isteri mahupun kekasih, bermasam muka dan saling mengelak untuk berjumpa antara satu sama lain selepas berlaku perceraian atau perpisahan.

Namun begitu, tidak semua pasangan memilih untuk bermusuhan apatah lagi demi kebaikkan dan kesejahteraan anak-anak kerana bagaimanapun mereka masih memiliki zuriat yang sama.

Berbahas soal itu, terkini peguam yang mewakilli pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais telah mengesahkan bahawa pengarah tersebut dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana telah capai sepakat untuk menyelesaikan tuntutan perceraian.

Namun apa yang berbeza kali ini adalah setelah tular sebuah video yang dikongsikan mStar di TikTok mempaparkan Syamsul dan Puteri Sarah dilihat sedang bergelak tawa ketika berada di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, rata-rata warganet berasa terharu dan sebak melihat momen-momen terakhir pasangan yang pernah dilihat begitu bahagia sebelum ini “kembali” tersenyum.

Menerusi video itu dapat dilihat Syamsul seperti sedang mengatakan sesuatu kepada Sarah dan ia dibalas dengan senyuman dan gelak tawa daripada kedua-duanya.

Menurut Berita Harian, Syamsul dan Puteri Sarah juga telah bersemuka membincangkan isu berbangkit mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi.

Ira Kazar Akui Bukan Senang Bangkit Selepas Cerai Dengan Bekas Suami Tercinta Syamsul Yusof

Susulan itu, pagi ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah menetapkan 18 April ini sebagai tarikh untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah.

Rata-rata netizen melihat video berkenaan meluahkan rasa sebak mereka akan perpisahan yang bakal berlaku antara kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, ramai yang mendoakan semoga Syamsul dan Sarah bahagia dengan cara masing-masing.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat pasangan selebriti itu yang dahulunya pernah menjadi pasangan suami isteri bahagia.

Malah, ada yang mendakwa bahawa menerusi video yang tular itu menampakkan Syamsul Yusof menghulurkan salam kepada isteri pertamanya seolah-olah itulah ciuman tangan yang terakhir sebelum mereka ini berpisah.

Bagaimanapun, hal yang demikian tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut berharap sekiranya tiada kehadiran orang ketiga atau penyondol pastinya mereka akan menjadi keluarga yang Mawaddah sehingga sekarang.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa Syamsul dan Sarah lebih sesuai berkawan rapat dan bahagia dengan cara masing-masing.

Terdahulu, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

What’s your Reaction?
+1
18
+1
2
+1
6
+1
4
+1
96
+1
34

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

puteri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/p1xcs
Share3984Tweet2490SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    “Ciuman Tangan Buat Kali Terakhir”- Netizen Sebak Lihat Momen Puteri Sarah Dan Suami Sebelum Cerai

  4. 4

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  5. 5

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem