Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

3 Tahun Berjuang Membersihkan Maruah Atas Pertuduhan Rogol, Dai Syed Kongsi Detik Terendah Dalam Tahanan

by Puteri Alia
April 10, 2023
57
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam al-Quran disebut tidak kurang 70 kali perkataan mengandungi maksud reda.

Pada umumnya, ia berkait dengan masalah iman, amal soleh, kebajikan dan nilai utama yang lainnya. Malah sumber reda itu ialah iman sehingga semakin kuat dan tebal iman seseorang, semakin mantap reda bersemi dalam jiwanya.

Dalam kehidupan Muslim, sikap reda adalah tahap terakhir harus diterima setelah terlebih dahulu berusaha dengan segala kemampuan.

Kalau seseorang menghadapi masalah yang perlu memilih antara dua alternatif yang sama kuat, hendaklah dia berhubungan dengan Allah SWT dengan melakukan solat istikharah supaya dicondongkan hatinya memilih yang lebih baik.

Dalam usaha mengharungi kehidupan, kita harus berasa senang menerima ketentuan Allah. Ketentuan itu umumnya disebut takdir pada asasnya membabitkan dua perkara.

Pertama berupa nikmat yang pasti akan diterima manusia dengan perasaan senang dan dengan penuh kegembiraan serta kedua, bencana yang datang pelbagai bentuk.

Berbincang soal itu, hari ini bersamaan 19 Ramadhan, Pendakwah selebriti, Dai Syed berkongsi detik terendah yang dialaminya apabila dibebaskan dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam setelah tiga tahun berjuang membersihkan nama, maruah dan keluarga.

“Alhamdulillah ya Allah…Setelah 3 tahun saya berjuang membersihkan nama, maruah
& keluarga saya. Harini tepat 19 Ramadhan, saya dilepaskan & dibebaskan dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Saya kongsikan moment titik terendah saya ketika dalam tahanan dan video call bersama mama. Benarlah ‘Air hujan yg jernih turun dari awan yg gelap ” – tulis Dai Syed

Dai Syed atau dengan nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful yang didakwa atas pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Mei 2022.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros untuk Syed Shah Iqmal, 27, dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan itu.

Memuat naik perkongsian berkenaan, Dai Syed berkongsi video ketika dia berada dalam tahanan dan hanya mampu membuat panggilan video bersama ibunya pada ketika itu menitiskan air mata tanpa henti.

“Benarlah Air hujan yang jernih turun dari awan yang gelap…” -luah Dai Syed.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa bersyukur serta mendoakan yang terbaik buat pendakwah selebriti ini serta memohon untuk terus kuat mengharungi apa jua dugaan dan rintangan hidup.

Sebagai rekod, pendakwah bebas Da’i Syed ini telah mengahwini  seorang pengacara, Hana Ismail pada 3 Disember 2022.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Dai Syed
https://lomp.at/1fk2h
Share23Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem