“Dah hari Jumaat ke?”
Setiap hari kamu mula bekerja pada pukul 9 pagi, berehat satu jam makan tengah hari, dan jam 6 petang pulang dari kerja. Walaupun sibuk sepanjang hari, kamu entah bagaimana tidak dapat mengingati apa yang kamu capai di tempat kerja.
Jika kamu boleh mengait, kamu mungkin bosan di tempat kerja.
Keadaan ‘boreout’ di tempat kerja adalah kebosanan kronik. Dan kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan kemurungan, kebimbangan, tekanan dan insomnia. Kebosanan adalah keadaan emosi yang dicirikan oleh perasaan yang tidak dirangsang, tidak fokus dan gelisah, serta tidak mempunyai keinginan untuk terlibat.
Ringkasnya, kebosanan wujud apabila kita terbiar secara mental.!
Dipetik daripada Forbes, kebosanan disebabkan oleh gabungan faktor. Ia boleh menjadi kekurangan rangsangan, di mana kita mendapati kerja kita tidak menarik. Atau mungkin tidak mempunyai kerja yang mencukupi – terlalu banyak masa lapang juga boleh menyebabkan kebosanan. Malah, ditambah dengan faktor ekspetasi dan realiti yang tidak seperti diharapkan. Boleh jadi juga bila kita berada dalam suatu organisasi yang terlalu lama, diri sudah terlalu sebati, maka terbitnya rasa kebosanan.
Selain itu, kebosanan di tempat kerja juga berkait rapat dengan ‘lemau’. Keadaan di mana fizikal dan mental rasa kosong, walaupun tenaga wujud tetapi jiwa yang tiada di situ. Ia tidak seteruk kemurungan, tetapi ia menghalang keupayaan untuk fokus dan motivasi untuk bekerja.
Jadi, macam mana nak atasi rasa bosan di tempat kerja?
Salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan kebosanan di tempat kerja ialah memberi diri lebih banyak perkara untuk dilakukan. Cabar diri untuk memikul tanggungjawab tambahan. Bercakap dengan pihak atasan tentang cara untuk menggunakan kemahiran kamu dengan sebaiknya. Mengubah jadual kerja harian boleh membantu kamu menghargai kerjaya dengan cara yang baru.
Jika kamu bersedia untuk membuat perubahan, sudah tiba masanya untuk mengamalkan kesedaran diri dan merenung nilai kamu.
Fikir dengan sebaiknya, apa yang betul-betul terbaik dengan diri kamu dan membuat diri kamu gembira.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.