Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Busana ‘Bulan Sabit’ Aina Abdul Dalam MV Berkunjung Di Hari Raya, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 11, 2023
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut sahaja nama penyanyi berbakat besar, Aina Abdul, pasti kita sudah terbayang akan lagu-lagunya yang berentak balada serta busananya yang ‘rare’.

Gayakan Busana ‘Bulan Sabit’ Rekaan Melinda Looi

Terkini, Aina kembali menjadi bualan ramai menerusi penampilannya dalam klip video lagu raya terbaharunya, Berkunjung Di Hari Raya yang trending di Youtube sejak dirilis dua hari lalu. Aina dilihat mengenakan busana ‘bulan sabit gergasi’ rona silver rose gold rekaan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.

“Rumah pertama? Rumah kedua? Rumah ketiga? Rumah keempat?.”-kapsyen Aina di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

“Dah Nampak Bulan Boleh Raya Ni”

Menerusi ruangan komen di Instagram, rata-rata netizen berkongsi rasa teruja melihat busana Aina yang lain dari yang lain, malah ada yang sempat berseloroh mereka sudah boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana telah melihat ‘anak bulan’.

“Moon dress surprise element!!.”

“Wahh sailor moon yang sebenar.”

“Comelnya anak bulan ni.”

“Dah nampak bulan dah boleh raya ni.”

“Aahahha kali ni aku tergelak. Takpe ikut ler mana-mana.”

“Jangan lupa letak balik bulan tu. Tak beraya kami nanti takde anak bulan Aina ?.”

“Dah nampak anak bulan. Raya awal lagi tahun ni ?.”

“Awan dah, bulan pun sudah. Tak lama lagi matahari pulak Aina muncul ??.”

Tahun lalu, Aina tampil menggayakan empat persalinan berbeza yang menggambarkan elemen-elemen pada hari lebaran menerusi MV Gema Raya seperti busana motif kepingan note Ringgit Malaysia, lampu kelip, serta busana simbolik kepada langsir dan juga lapik meja.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
TokTi & Aina Abdul Pukau Xi Jinping, Nyanyi Lagu Mandarin & Tradisional Depan Presiden China
aina abdul
https://lomp.at/128sh
Share15Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem