Friday, June 27, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Kulit Bertambah Teruk Akibat Cuci Muka Dengan Air Paip. Ini Kata Dermatologi

by Lisa Ghani
April 11, 2023
Foto - Dermatology

Foto - Dermatology

31
KONGSIAN
Share on Facebook

Masalah kulit muka memang boleh mengharukan kehidupan seharian kita. Rasa tak yakin nak berdepan dengan orang, apatah lagi face to face. Rasa macam nak sorok muka.

Tapi tahukah kamu, kulit muka boleh breakout kerana air paip. Ya, air paip rumah yang kamu rasa elok sebenarnya mempengaruhi keadaan kulit. Mungkin kerana perubahan musim, cuaca, suhu dan…?

Foto – Healthline

Byrdie melaporkan, ramai wanita Perancis mengelak daripada mencuci muka mereka dengan air paip kerana masalah air yang ‘keras’ penuh dengan mineral seperti kalsium dan magnesium. Ini boleh menyebabkan rambut dan kulit menjadi kering dan mengelupas akibat kekeringan. Sebaliknya, air micellar dilihat sebagai pilihan yang lebih baik untuk pembersihan.

Tapi betul ke air paip buruk untuk kulit? Air paip boleh mendatangkan beberapa kesan buruk pada kulit, tetapi berapa banyak bergantung pada jenis kulit. Air paip boleh merosakkan kulit, terutamanya jika kulit adalah sensitif. Bagaimanapun, bagi sesetengah orang ia mungkin tidak menjejaskan kulit mereka, jadi ia berbeza setiap orang.

Ia juga bergantung pada jenis air yang ada di bandar kamu. Setiap air paip mempunyai mineral, tetapi jumlah mineral dalam air akan menentukan berapa banyak tekanan pada kulit kamu. Mineral yang terkandung dalam air yang boleh merosakkan kulit.

Biasanya air paip mengandungi jumlah logam berat yang tinggi seperti kalsium, magnesium, copper, zink dan besi. Jumlah mineral ini yang akan mempengaruhi keadaan kulit kamu. Jika makin tinggi, maka teruklah kulit kamu.

Foto – Insider

Sekiranya air yang singki kamu alirkan adalah air yang keras, ia boleh menjadi penyebab kepada masalah jerawat. Air yang keras mengandungi tahap kalsium dan magnesium yang tinggi berbanding mineral lain. Oleh itu, ia akan mengganggu kesihatan kulit kamu.

Apabila lapisan kulit kamu mula terjejas, kamu akan mengalami keradangan kulit dan kulit kamu tidak akan boleh melindungi dirinya seperti yang sepatutnya. Namun begitu, air yang lebih lembut telah melalui proses penapisan. Oleh itu, ia telah mengeluarkan mineral keras yang ada di dalamnya.

Sebab itu, orang zaman sekarang banyak menggunakan air yang telah ditapis untuk mencuci muka.

Foto – Pinterest

Bila kulit telah meradang, kamu dinasihati menggunakan produk penjagaan yang lebih ringan dan lembut. Cari produk yang mempunyai keseimbangan pH agar serasi dengan kulit kamu.

Selain itu, cuba dapatkan penapis air. Ini akan menyingkirkan semua zarah tidak baik dalam air paip kamu, kemudian meninggalkan kulit dengan air yang lebih lembut, untuk menjamin kulit yang lebih bersih.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Air Paipcuci mukaTap water
https://lomp.at/0kz80
Share12Tweet8SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  4. 4

    Kulit Bertambah Teruk Akibat Cuci Muka Dengan Air Paip. Ini Kata Dermatologi

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem