Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Kenapa Micheal Jackson Bertukar Warna Kulit? Ini Sebabnya

by Amirul Fikry
April 13, 2023
5.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Micheal Joseph Jackson atau lebih dikenali sebagai Micheal Jackson merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan penari Amerika Syarikat yang sangat popular diseluruh dunia. Jackson juga digelar sebagai “Raja pop”, beliau juga dianggap sebagao tokoh kebudayaan yang paling penting pada abad ke-20 serta sala seorang penghibur terbesar dalam sejarah muzik dunia.

Sebut sahaja nama Micheal Jackson pasti ramai yang mengenalinya, tidak kira usia. Namun bila sebut sahaja namanya pasti akan membayangi isu yang dihadapi oleh micheal, salah satunya perubahan kulitnya yang ketara dilihat.

Ini Sebabnya Kulit Micheal Menjadi Putih

Pada tahun 1984, seorang Doktor kulit iaitu Arnold Klein telah mendiagnos bahawa Jackson mempunyai lupus erythematosus, ia merupakan masalah kulit serius yang menyebabkan kehilangan pigmentasi, iaitu penyakit auto-imun yang boleh merosakkan tisu kulit manusia.

VIA google

Jackson turut mempunyai sejenis masalah kulit yang menyebabkan di-pigmentasi pada kulit yang dikenali sebagai vitiligo, ia menyebabkan bintik-bintik putih pada badannya.

Namun, Jackson sering memakai make-up untuk menutup bintik bintik dan akibat daripada keletihan untuk menyembunyikan tompokan pada kulitnya lalu Jackson mengambil keputusan untuk melunturkan warna kulitnya agar lihat sekata dan supaya peminat tidak tahu penyakit yang dihadapi olehnya itu.

Sewaktu kematian Jackson pada tahun 2009, Detektif yang menyiasat rumahnya ketika itu menemukan 19 tiub hydroquinone dan 18 tiub benoquin

VIA google

Kedua campuran ubat tersebut adalah untuk merawat masalah vitiligo yang dihidapi oleh Jackson itu. Namun dengan kekerapan menyapu ubat ini menyebabkan kulit beliau makin cerah serta meningkatkan sensitiviti terhadap cahaya matahari. Oleh kerana itu, Jackson sering kelihatan dibawah pelindungan payung ketika bertemu dengan peminat-peminatnya.

Tambahan pula, Jackson mempunyai masalah tidur yang teruk dan Doktor peribadinya memberikan propofol, ia merupakan sejenis bius kuat yang digunakan untuk pembedahan dan sukar didapati di luar Hospital, klinik atau farmasi.

VIA google

Ubat itu juga yang dipercayai menjadi punca kematian Jackson. Ubat tidur dan ubat serangan panik anxiety ditemui dirumah Jackson di Neverland California oleh Detektif yang menyiasat punca kematiannya itu.

What’s your Reaction?
+1
25
+1
4
+1
5
+1
14
+1
38
+1
42

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

micheal jackson
https://lomp.at/39dnm
Share2136Tweet1335SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  4. 4

    Kenapa Micheal Jackson Bertukar Warna Kulit? Ini Sebabnya

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem