Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Uqasha Senrose Takut Pegang Watak Penyondol, Tapi Mahu Beri Kesedaran Trend Yang Terjadi Masa Kini

by Puteri Alia
April 12, 2023
81
KONGSIAN
Share on Facebook

Kehadiran orang ketiga umpama racun dalam perhubungan suami isteri yang merosakkan kerukunan rumah tangga yang dibina.

Ini kerana orang ketiga atau lebih mesra digelar penyondol kini seakan-akan sudah tidak tahu malu untuk mendekati lelaki yang sudah dimiliki ataupun bergelar suami orang.

Oleh yang demikian isteri masa kini dilihat begitu berani mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan keadilan.

Bahkan gelaran penyondol itu juga sering menerima tohmahan masyarakat kerana dianggap sebagai pemusnah sesebuah institusi kekeluargaan.

Namun berbeza pula jika watak penyondol ini dilakonkan oleh aktres cantik manis ini.

Menerusi satu temu bual bersama sebuah media tempatan, aktres popular Uqasha Senrose hairan apabila watak wanita ‘penyondol’ dan perampas suami orang lakonannya dalam drama Isteri Halal mendapat sokongan ramai.

Memetik kenyataan Uqasha menerusi sebuah sumber laporan berita, rasa hairan tersebut tercetus kerana pada awalnya pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu risau memikirkan risiko kecaman ramai namun respons sebaliknya yang diterima.

Paling menuai perhatian ramai adalah kerana nama wataknya ialah Eyra sekali gus mempunyai persamaan dengan beberapa kes melibatkan rumah tangga selebriti lain sebelum ini.

“Jujurnya saya pelik, ramai netizen yang komen dalam Instagram, ‘go Eyra go Eyra.’ Seolah-olah mereka menyokong penyondol, nama watak pula Eyra.

“Jadi saya tertanya sendiri, dunia sudah akhir zaman ke? Kemudian baca pula ada berita tentang wanita bernama Eyra, memang tergelak seorang diri,” Saya pun tergelak sendiri bila baca komen ramai yang sokong ‘penyondol’. Dunia ini dah akhir zamankah? Sebab cantik? Mana boleh begitu. Salah tetap salah.”

Demikian kata pelakon, Uqasha Senrose saat ditanya mengenai watak wanita ‘penyondol’ atau perampas suami orang, bernama Eyra dalam drama lakonannya, Isteri Halal.

Uqasha Balas Kecaman Netizen- "Raya Pun Nak Bergosip Fasal Kamal Duduk Bawah?"

Menurut Uqasha, dia risau sekiranya watak itu dikecam, namun, tidak menyangka bahawa ia mendapat reaksi berlawanan daripada penonton.

“Dalam banyak-banyak watak yang saya lakonkan, saya paling takut untuk bawakan watak Eyra ini. Saya takut kena kecam. Cuma, yang pelik adalah ramai yang menulis komen di Instagram, menyokong Eyra, seolah-olah, mereka menyokong penyondol.

“Jujurnya, watak saya adalah sebagai perampas, yang mana, menjadi isu hangat dan sedang diperkatakan sekarang. Ia berkisar mengenai wanita yang tak menjaga hati wanita lain,” katanya.

Dalam pada itu, dia menegaskan wataknya itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu yang pernah terkait dengan situasi sama sebelum ini.

Dia juga menyifatkan wanita yang merampas suami orang tidak sensitif dengan perasaan yang dilalui si isteri.

Meskipun penyondol ini sering dikategorikan sebagai perempuang miang, namun kebanyakkan daripada mereka ini mempunyai rupa paras menawan sehingga mampu menodai para lelaki.

Bagaiamanapun, perilaku sedemikian dianggap tidak manis dan murahan, oleh yang demikian orang ramai dinasihatkan untuk tidak terjebak dengan cinta tiga segi di antara pasangan suami isteri.

Bahkan,sebenarnya ada peruntukan boleh dikenakan kepada ‘si penyondol’ rumah tangga yang cuba meruntuhkan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga seseorang.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
uqasha senrose
https://lomp.at/b4l58
Share32Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem