Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Kawan Sendiri Pun Boleh Jadi Penyondol Rumah Tangga Mak Bapak”- Shila Amzah Buang Ibu Tirinya Status Rakan Baik

by Puteri Alia
April 13, 2023
252
KONGSIAN
Share on Facebook

Boleh dikatakan terlalu banyak kes yang membabitkan orang ketiga yang merebut pasangan suami atau isteri orang lain. Sedangkan, hukum merosakkan rumah tangga orang adalah berdosa.

Hal ini kerana anda telah mengungat keharmoniaan dan kebahagiaan orang lain semata-mata untuk memenuhi kepuasan diri anda sendiri.

Sebab itu, berdosa menjalinkan hubungan dengan mana-mana individu yang sudah pun berumah tangga hingga mengakibatkan berlakunya perceraian dalam perkahwinan mereka.

Bayangkan kalau anda kena tarik rambut tentu sakit bukan? la samalah seperti pasangan dirampas pihak ketiga tentunya ia mendatangkan kesakitan yang cukup mendalam sekaligus menganggu emosi setiap hari.

Yang paling menyakitkan hati bila ia dilakukan oleh individu yang dikenali atau lebih parah kenalan terdekat yang mengetahui status sebenar lelaki yang ingin didekati.

Berbahas soal ini, terdahulu Penyanyi Shila Amzah pernah memuat naik hantaran mengenai orang ketiga itu di Instagram Stories. Berdasarkan kapsyen yang ditulis, Shila, 33, mencari wanita yang bernama Siti Munirah Abd Ghani.

Jelas pemilik nama Nurshahila Amir Amzah, Siti Munirah adalah rakan baiknya ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah.

Meskipun tidak memperinci tujuan sebenar pada ketika itu, pelantun lagu Patah Seribu menyatakan ‘ini antara hidup dan mati.’

Pada akhir Februari, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.

Isteri baharu pelakon ini dikatakan masih muda dan jarak usia antara mereka sangat jauh. Difahamkan, penduduk berdekatan tempat tinggal mereka mula mengesyaki sesuatu apabila sering melihat artis berkenaan kerap berada di kawasan tersebut.

Penyanyi Shila Amzah menafikan wanita yang dikatakan ibu tirinya, Siti Munirah Abd. Ghani adalah sahabat baiknya ketika di bangku sekolah.

Shila Amzah Akui Belum Bersedia Untuk Menerima Kawan Baiknya Sebagai Ibu Tiri

Terkini, memetik laporan sebuah berita Shila menegaskan, wanita itu tidak layak mendapat gelaran sedemikian biarpun mengakui sudah mengenalinya sejak daripada bangku persekolahan lagi.

“Sudah tentu (mengenali wanita itu), pada saya tidak ada orang baik yang akan berkelakuan seperti itu. Saya tiada ucapan baik mahupun buruk kepadanya.

“Segala rasa untuk diberikan tidak memadai kepadanya sama ada sayang atau benci. Saya rasa dia tidak layak menerima apa sahaja rasa daripada saya.

“Semasa zaman persekolahan memang dia adalah kawan rapat saya dan dia selalu tidur di rumah saya. Kami memang sangat rapat. Jadi, dia selalu bercerita mengenai masalahnya kepada saya,” katanya.

Tegas Shila, dia kini tidak tergamak untuk menggelarnya sebagai rakan kerana hubungan tersebut sudah lama terputus.

“Tapi, dia lebih rapat dengan mak saya berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya.

“Perkataan kawan dan baik tidak sesuai untuk dia. Mungkin kedengaran kasar tapi itulah kenyataannya. Sebagai seorang wanita memang nang akan terasa apabila berhadapan dengan situasi seperti ini,” katanya.

Bagaimanapun, Shila berkata, apa yang terjadi bukanlah perkara asing bagi dirinya kerana pernah melalui episod sama dalam kehidupannya sebelum ini, selain percaya, ada perkara baik menanti keluarganya.

Bukan itu sahaja, adik Shila yang juga penyanyi iaitu Syada Amzah menafikan kehadiran ibunya, Datin Fauziah Sarman ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada 3 April lalu untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk ND Lala.

Syada yang juga adik kepada penyanyi, Shila Amzah ketika ditemui memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada mereka sekeluarga untuk menyelesaikan secara dalaman terlebih dahulu.

[VIDEO] Kompilasi Selebriti 'Tersasul' Panggil Sayang Raih Perhatian!-"Giliran Amira Othman Dengan Fattah Amin Pulak"

Bagaimanapun, diharapkan penyanyi ini sekeluarga tabah menghadapi segala ujian serta menemui jalan pendamaian dikemudian hari.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4
Datuk ND Lalashila amzahsyada amzah
https://lomp.at/0bdlt
Share101Tweet63SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem