Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Belum Selesai Isu Suaminya Curang, Isteri Hafidz Roshdi Shuhada Mat Shukri Umum Kini Hamil 10 Minggu

by Puteri Alia
April 13, 2023
3.6k
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu suami curang masih belum reda, kali ini pengumuman Nurul Shuhada Mat Shukri isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi mengejutkan warganet.

Shuhada Mat Shukri atau lebih mesra disapa sebagai Shu kini memaklumkan dirinya sedang hamil anak ketiga dengan kandungan sudah mencecah 10 minggu.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan menerusi hantaran di Instagram, semasa Nurul Shuhada hadir ke mahkamah bagi mendapatkan haknya sebagai isteri.

“Semalam, waktu ke mahkamah untuk mendapatkan hak, ibu tak mampu tahan hati ibu.

“Air mata mengalir tak henti waktu ibu ceritakan pada mahkamah yang ibu tengah mengandung 10 minggu,” kongsinya.

Ibu dua anak itu memaklumkan, dirinya sangat memerlukan kekuatan dari orang sekeliling, ditambah pula dengan proses mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah tekanan yang dihadapinya sekarang.

“Ibu akan usaha sepenuh hati, ibu kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk adik baharu kepada sis dan Umar,” katanya.

Lebih membimbangkan, katanya, usia kandungan masih terlalu awal yang menyebabkan dia tidak boleh mengambil ubat hospital untuk mengurangkan tekanan.

“Ibu takut bagi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak ibu,” luahnya.

Terdahulu, Nurul Shuhada mengejutkan ramai apabila berkongsi mengenai perkara tersebut dalam beberapa hantaran InstaStory yang memberitahu rumah tangganya diganggu seorang wanita sehingga memberi kesan emosi terhadap dua anaknya, Humairah dan Umar.

Menerusi luahan tersebut, dia berkata wanita itu telah merampas kebahagiaannya dan anak-anak selepas menjalin hubungan dengan Hafidz.

“Terima kasih sebab sakitkan saya dengan anak-anak yang tidak berdosa dan menjadi perempuan yang mengambil abah kepada mereka.

“Terima kasih sebab runtuhkan rumah tangga saya dan sanggup melihat wanita lain menderita hanya kerana ingin dapatkan hak untuk cinta seterusnya bahagia atas penderitaan kami,” katanya.

Tambah Nurul Shuhada, dia juga mencabar mana-mana pihak untuk mendedahkan individu yang dianggap tidak malu melakukan perbuatan tersebut.

Hafidz Roshdi Terlepas! Kes Tampar Shuhada Tamat Tanpa Hukuman

Namun terkini segalanya mungkin amat berat untuk ditanggung  oleh Shuhada memandangkan dirinya kini mengalami tekanan.

Diharap Shuhada terus cekal serta berdiri teguh buat bayinya serta tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapi dan menemui jalan penyelesaian terbaik dalam kemelut rumah tangganya itu.

What’s your Reaction?
+1
7
+1
3
+1
2
+1
5
+1
34
+1
9
hafidz roshdinurul shuhada mat shukri
https://lomp.at/ybprx
Share1426Tweet891SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem