Anda Mempunyai Si Bulus? Ini Adalah Makanan Manusia Yang Berbahaya Untuk Kucing

50
KONGSIAN

Terdahulu kucing dipelihara untuk menjaga simpanan makanan daripada tikus dan pemusnah yang lain. Manakala hari ini pula, kucing merupakan salah satu binatang kesayangan yang paling terkenal di Malaysia.

Kucing dibela dengan penuh kasih sayang dan ada sesetengah individu yang anggap mereka seperti anak sendiri serta sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit demi memberi keselasaan kepada si bulus itu.

Ini Antara Makanan Yang Dilarang 

1. Coklat

VIA google

Coklat merupakan snek yang digemari ramai dari anak kecil sehinggalah dewasa. coklat juga kelihatan lazat untuk manusia namun kandungan kimia thebromine dan kafein dalam coklat tidak berbahaya untuk manusia akan tetapi ia mampu meracuni kucing. Theobromine dalam cokat menyebabkan degupan jantung kucing menjadi luar kawalan/ritma serta mengakibatkan sawan, mengigil dan akhirnya maut.

2. Susu

VIA google

Sewaktu kucing dilahirkan, dalam perut mereka terdapat enzim ‘lactase’ untuk menghadam susu ibu kucing yang mempunyai laktosa. Apabila kucing anda meningkat dewasa, enzim ini secara perlahan-lahan akan hilang dan ia bermakna, susu yang tidak habis dihadam akan menjadi tapai dan membusuk dalam usus. Ia juga akan menjadi tempat pembiakan bakteria serta menyebabkan pengeluaran gas atau cirit-birit.

3. Halia & Bawang

VIA google

Halia dan bawang  tidak kira dalam bentuk serbuk, dimasak atau dikeringkan iainya mampu memecah belahkan sel-sel darah merah kucing yang membawa kepada anemia (kurang sel darah merah). Memakan bawang dalam jumlah yang besar atau bilangan kecil ia mampu membawa keracunan yang ada di dalam bawang tersebut.

4. Anggur & Kismis

VIA google

Dengan memakan anggur dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan kegagalan buah pinggang pada kucing, walaupun hanya makan sikit sahaja mampu menyebabkan kucing jatuh sakit.

[VIDEO] Wanita Meraung Cari Kucing Kesayangan, Rupanya Jiran Pukul & Sumbat Dalam Longkang

Namun terdapat banyak lagi yang tidak boleh diberi pada kucing, seperti kopi, doh roti mentah, telur mentah, ubatan manusia dan lain-lain. Jadi bagi sesiapa yang membela si bulus, dinasihatkan supaya anda membaca segala larangan makanan yang sepatutnya tidak diberi pada kucing yang akan mengakibatkan maut.