“Mengintai orang lah tu, sebab tu jadi ketumbit”
Bila mata jadi ketumbit, ada yang kata ia terjadi disebabkan oleh perbuatan mengintai orang lain. Tetapi sebenarnya salah. Ketumbit terjadi kerana berlakunya keradangan pada bahagian akar bulu mata, sama ada disebabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria.
Selalunya ketumbit akan hilang dengan sendiri tanpa sebarang rawatan atau ubat dalam masa beberapa hari. Dan ada juga yang alami ketumbit yang berhari-hari lamanya, sehinggakan rasa bengkak teruk dan terlalu sakit. Malah nak rawat pun ambil masa yang lama untuk lega.
Kalau ketumbit susah nak lega, jangan pula kamu panik. Lakukan beberapa langkah dan rawatan berikut untuk hilangkan ketumbit.
Ketumbit ada dua jenis
Dipetik daripada WebMD, ketumbit yang selalunya terjadi ada dua jenis iaitu Stye dan Chalazion.
- Stye: Jangkitan ini bermula dari akar bulu mata dan berlaku di pinggi kelopak mata. Tapi kalau dalam kelopak mata, ia digelar hordeolum iaitu jangkitan kuman pada kelenjar minyak dalam kelipak mata. Rasanya agak menyakitkan tapi boleh sembuh dalam masa seminggu.
- Chalazion: Benjolan yang lebih besar dan disebabkan oleh kelenjar tersumbat. Sesetengah kes, stye boleh jadi chalazion dan ianya boleh berlanjutan hingga sebulan atau lebih.
Semasa ketumbit terjadi, kamu akan alami beberapa gejala lain seperti mata berair, gatal, sensitif, bengkak atau kemerahan di sekitar mata.
Cara rawat ketumbit
Sama ada kanak-kanak atau orang dewasa alami ketumbit kamu boleh gunakan cara berikut untuk rawat ketumbit.
1. Uncang teh hijau
Teh hijau mengandungi asid tanik yang boleh membantu melindungi mata daripada jangkitan. Caranya:
- Rendam uncang teh hijau dalam air panas
- Selepas 5 minit, angkat dan perah sedikit supaya keluar lebihan air pada uncang teh
- Kalau terlalu panas, tunggu sekejap hingga ia menjadi suam
- Apabila yakin suhunya sesuai, tuam di bahagian ketumbit selama 5 minit untuk beberapa kali dalam masa sehari
2. Tuam dengan air suam
Paling berkesan, tuam mata ketumbit dengan air suam. Boleh dilakukan pada kanak-kanak dan orang dewasa, apa yang kamu perlu lakukan adalah:
- Rendam kain bersih atau sapu tangan dalam air suam
- Perahkan lebihan air pada kain tersebut dan tuam pada bahagian ketumbit seketika
- Ulang langkah ini sebanyak tiga kali sehari selama seminggu
3. Kaedah tutup dengan sudu
Orang dulu-dulu ada yang gunakan sudu untuk hilangkan ketumbit. Cara-caranya:
- Rendam seketika sudu dalam air suam yang tidak terlalu panas
- Kemudian ambil sudu tersebut dan tuam di bahagian ketumbit
- Tuam sekitar 3 minit untuk beberapa kali dalam sehari
4. Bersihkan guna air yang bersih
Paling mudah, kamu boleh bersihkan mata ketumbit dengan air yang bersih dengan kerap. Untuk lebih bersih, kamu boleh ambil putik kapas dan sabun yang lembut seperti mandian atau syampu bayi untuk bersihkan sekitar kelopak mata dan bahagian bulu mata sekitar ketumbit.
Sekiranya kamu seorang yang gemar mengenakan contact lens atau mekap di bahagian mata, cuba berhenti sekejap sehingga ketumbit reda. Jika makin teruk, berjumpa dengan doktor segera okay?
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.