Pada hari Sabtu yang lalu, sebuah majlis berbuka puasa anjuran bersama Lifebuoy, Watsons, dan HOPE worldwide Malaysia telah diadakan bersama 40 keluarga kelompok B40 di di Rumah Tamu Datin Halijah, Sentul.
Mendidik sambil beramal, jenama sabun perlindungan kuman nombor satu dunia, Lifebuoy memanfaatkan Ramadan yang mulia dengan menjalankan kempen kesedaran berkaitan kepentingan amalan kebersihan diri sambil membantu golongan memerlukan.
Setiap keluarga menerima pek penjagaan diri, merangkumi gel mandian dan pencuci tangan Lifebuoy, syampu Love Beauty and Planet serta produk penjagaan kesihatan sumbangan Watsons.
Selain itu, kempen kesihatan mengenai amalan mencuci tangan yang betul, program celik kewangan dan ceramah kesihatan disampaikan oleh pegawai perubatan, Dr Malar Santhi turut diadakan pada majlis berkenaan.
Nasihat Dr Malar
MURAI MY mengambil kesempatan menemuramah Dr Malar bagi mendapatkan nasihat kepada umat Islam tentang kesihatan diri perlu dijadikan fokus ketika menikmati juadah raya, termasuk apabila mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri.
Sepanjang perayaan tersebut, ada yang menikmati juadah berkalori tinggi seperti lemang, rendang, kuah kacang, kuah lodeh dan banyak lagi tanpa mengawal atau menghadkan pengambilan kerana terlalu teruja beraya.
Dr Malar berpesan kepada semua agar tidak makan secara berlebihan kerana ia boleh menjadi penyebab serangan sakit jantung, tonton video di bawah;
Dr. Malar ialah seorang pegawai perubatan di Malaysia berbangsa India dan beragama Hindu. Beliau mula dikenali di Malaysia apabila petah berkongsi pelbagai maklumat berkaitan pandemik COVID-19, vaksin dan masalah kesihatan menerusi laman sosial dengan penggunaan bahasa Melayu yang fasih. Dengan menggunakan nama “Celoteh Dr Malar” di laman media sosialnya, beliau turut dijemput menjadi tetamu dan jurucakap di pelbagai acara termasuk media arus perdana di Malaysia seperti Bernama dan TV .
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.