Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Cukuplah Wajah Kemelayuan Dan Beradab, Ramai Selebriti Wanita Pilih Beto Sebagai Lelaki Melayu Pilihan

by Puteri Alia
April 19, 2023
433
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sudah namanya Beto Kusyairy, wajah manisnya itu sudah cukup mengundang perhatian dan pujian para peminat.

Tolak ketepi perihal lakonan hebat, pelakon ini sememangnya memiliki aura serta keperibadian berkarismatik sehingga dianggap sebagai salah seorang pelakon yang paling disegani.

Bahkan, namanya sering menjadi pilihan utama para pelakon baharu, jika disoal siapakan idola mereka pasti nama ini yang dipetiknya.

Tidak hairan jika Beto ini dijadikan idola mahupun batu loncatan, ini kerana apa jua karakter atau watak lakonan yang diberikan kepada dirinya pasti dijayakan dengan begitu cemerlang sekali.

Meskipun ramai yang menyangka pelakon berbakat, Beto Kusyairy ini seorang yang garang dan serius. Namun disebalik itu, Beto ini sebenarnya seorang yang pemalu.

Jika bagi sesetengah artis sibuk mengumpul followers (pengikut) bagi ‘membuktikan’ bahawa mereka popular dalam kalangan warganet, lain pula halnya dengan pelakon Beto Kusyairi.

Meskipun mempunyai pengikut ramai, antara tiket untuk melayakkan seseorang artis itu ditawar berlakon, hal itu bukanlah keutamaan kepada Beto biarpun sedar itulah trend sekarang.

Menjengah ke platform TikTok, baru-baru ini terdapat beberapa seleberiti wanita yang memilih Beto sebagai lelaki melayu yang menjadi pilihan hati menerusi sebuah trend filter. Bahkan, wajah Beto dibandingkan dengan beberapa barisan pelakon hebat dan kacak yang lain, namun kebanyakkannya lebih memilih dia.

Misalnya, gelagat penyanyi popular Akademi Fantasia, Adira Suhaimi menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya itu mencuri perhatian netizen kerana dilihat begitu yakin memilih Beto tanpa perlu membuka mata.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pilihan Adira itu kerana mendakwa Beto sememangnya memiliki ciri-ciri sebagai lelaki melayu idaman para wanita!

[VIDEO] Gelagat Beto Kusyairy Bersilat Di Singapura, Cetus Perhatian Ramai!-"Jangan Main Main Ehh"

What’s your Reaction?
+1
3
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
Beto Kusyairy
https://lomp.at/q455o
Share173Tweet108SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem