Suami kepada pelakon dan usahawan, Ifa Raziah iaitu Mohd Yani Abdul Rahman baru-baru ini telah sedarkan diri setelah menjalani pembedahan jantung disebabkan masalah jantung tersumbat di sebuah pusat perubatan , semalam.
“Mohon Doakan Suamiku…”
Meraikan ulang tahun perkahwinan mereka di hospital, Ifa Raziah menerusi hantaran di Instagram memohon doa orang ramai untuk mendoakan kesihatan suaminya itu.
“Semalam sambut annversary kat hospital. Harini (25 April) akan buat operation.
Syukur alhamdulillah dah keluar bilik OT. Mohon doakan suamiku Mohd Yani semoga cepat sembuh ❤️AAMIN YA RABBAL ALAMIN🤲.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ❤️MAAF ZAHIR DAN BATIN 🙏.”-tulis Ifa di Instagram
Rakan Selebriti & Netizen Titip Doa
Hantaran Ifa Raziah turut dihujian dengan komen rakan selebriti dan netizen yang menitipkan doa buat suami pelakon dan usahawan ini agar diberikan kesembuhan dengan cepat.
“Salam..Abang Yan sakit apa kak?.”-Datuk Fizz Fairuzz
“Semoga cepat sembuh aaminn.”-Nadia Brian
“Tiba-tiba je semalam tengok masih ok? Sakit apa tu, @ifa_raziah?. Subhanallah semoga cepat sembuh.”-Fauzi Nawawi
“Syukur Alhamdulillah, semoga cepat sembuh.”-Emylia Rosnaida
“Semoga Allah kurniakan kesembuhan segera buat Abg Yani. Aaminn. Selamat Hari Raya kak Ifa Raziah.”-Khai Rosma
“Alhamdulillah dah keluar ot..Diberikan kesembuhan yag cepat untuk Abang Yani.”
“Banyakkan doa Kak Ifa. InsyaAllah ada kesembuhan nanti.”
Kami di Murai MY turut mahu mendoakan agar suami Ifa Raziah, Mohd Yani Abdul Rahman diberikan kesembuhan dengan cepat Aaminn.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.