Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Betul Ke Muka Bulat Tanda Berat Badan Naik, Fakta Atau Auta?

by Lisa Ghani
April 26, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

28
KONGSIAN
Share on Facebook

“Alamak makan banyak sangat. Nampak muka dah naik bulat semacam.”

Wanita sangat prihatin dengan perubahan bentuk wajah mereka. Ini kerana bagi wanita perubahan tersebut menandakan bahawa berat badan mereka telah bertambah dan harus mengubah diet pemakanan bagi menurunkan semula berat badan.

Tapi adakah konsep pemikiran sebegini berlandaskan fakta atau mitos semata-mata? Jom kita semak sama ada benar atau tidak muka bulat, menandakan berat badan telah bertambah.

Muka jadi bulat sebab berat badan dah bertambah?

Fakta – Dipetik daripada Fatherly, muka bulat berlemak dipengaruhi faktor kenaikan berat badan secara keseluruhannya.

Foto – Pinterest

Ini kerana amalan gaya pemakanan yang gemar mengambil makanan dan minuman beralkohol, manis, masin, kurang tidur, atau terlalu kerap tertekan boleh mempengaruhi kenaikkan berat badan diri lalu memberi kesan yang sama pada muka.

Apabila berat badan naik, wanita akan dapat lihat sendiri perbezaan saiz tubuh berbeza dari yang normal dan muka pula secara keseluruhannya menjadi chubby dan penuh.

Pipi tembam akibat terlebih makan dan badan naik?

Fakta – Dipetik daripadaToday, ada juga wanita yang mempunyai muka dan pipi yang tembam malah bentuk mereka juga badan tak banyak berubah, tapi yang peliknya apabila timbang berat badan telah bertambah jadi di mana silapnya?

Foto – Pinterest

Hal ini berlaku kerana dipengaruhi amalan pemakanan yang tidak sihat seperti gemar makan makanan tinggi kandungan garam dengan kerap, kurang minum air masak, kurang bersenam, kerap makan makanan ringan, kurang kalsium dan kerap minum minuman beralkohol serta merokok.

Ada sesetangah wanita mengalami penambahan berat badan tanpa mempengaruhi bentuk badan mereka, cuma boleh dikesan menerusi perubahan muka bulat dan pipi tembam.

Muka chubby kerana terlebih berat?

Fakta – Tubuh dan wajah merupakan kayu ukur indeks jisim badan (BMI) dan berat badan diri, justeru itu jika wajah yang pada awalnya runcing tiba-tiba menjadi chubby dan pipi kelihatan penuh berlemak. Maka boleh jadi badan mengalami berat badan berlebihan dari biasa.

Foto – Pinterest

Jadi, kamu yang bagaimana? Muka bulat semula jadi atau kerana kenaikan berat badan?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

berat badan naikmuka bulat
https://lomp.at/tbszr
Share11Tweet7SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  3. 3

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  4. 4

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem