Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Siti Nurhaliza Kongsi Video Di Gimnasium, Peminat Teruja!-“Ni Yang Kita Mahukan..”

by Naddy Joe
April 26, 2023
124
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nuhaliza mencetuskan rasa teruja peminat selepas berkongsi video mengenai dirinya yang sedang bersenam di gimnasium sebagai persiapan konsertnya yang bakal berlangsung pada Mei ini.

Lakukan Persiapan Stamina Di Gimnasium

Menurut Siti atau lebih mesra disapa sebagai TokTi menerusi hantaran di Instagaram, menyatakan bahawa persiapan stamina tetap harus dilakukan walaupun masih dalam ‘mood’ Aidilfitri.

“Masa dah tak lama untuk Konsert Satu Suara Vol3. Beraya tetap beraya tapi persiapan stamina kena buat juga sebab saya sangat teruja untuk konsert ini.”-tulis TokTi di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Suka Bila Caption TokTi Sangat Positive…”

Perkongsian Tok Ti di Instagram telah mencetuskan rasa teruja peminat yang sudah tidak sabar untuk menonton persembahan penyanyi terkenal ini, malah ada yang memuji Tok Ti masih memelihara aurat dari pandangan umum ketika bersenam di gimnasium.

“Kebiasaan artis wanita akan menonjolkan bahagian-bahagian tertentu untuk dipamerkan kepada umum ketika di gym. Namum TokTi masih memelihara tubuhnya dari pandangan umum. Sebab tu nama TokTi kekal #1 di Malaysia hingga sekarang.”

“Suka bila caption TokTi sangat positif bersenam bukan sebab nak kuruskan badan semata tapi lebih kepada membina stamina.”

“Ni yang kita mahukan. Baru lah berbaloi peminat bayar tiket mahal-mahak sebab artisnya buat persiapan rapi serba serbi untuk pastikan kualiti yang terbaik.”

“Nanti semput penyanyi kalau asyik makan. Semoga cukup training ya.”

“Penyanyi no 1 pun exercise. Kita ni. Bila lagi?. Ayuh sahut seruan Datuk Siti.”

Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Krisdayanti & Keluarga Bertandang Ke Rumah, Gelagat Afwa Buat Netizen Terhibur!
datuk seri siti nurhaliza
https://lomp.at/bjmx6
Share50Tweet31SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem