Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tak Kekok Peluk Suami Majikan, ‘Maid’ Emma Maembong Teruja Dapat Hadiah Iphone

by Puteri Alia
April 26, 2023
452
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa hubungan baik di antara majikan dan pekerja dapat membentuk suasana pekerjaan yang harmoni disamping membina ikatan persaudaraan dan persahabatan yang akrab.

Justeru, adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan pekerjanya menjaga dan memelihara hubungan antara mereka dalam organisasi tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Misalnya, jika majikan menghormati dan mengenali pekerja dengan lebih dekat, tentulah persefahaman antara mereka dapat ditingkatkan.

Sikap hormat-menghormati yang tinggi menjadi sumber keselesaan baik dari segi persefahaman dan keseronokan bekerja antara majikan dan pekerja dalam menjalankan tugas.

Sebagai contoh, baru-baru ini pelakon, Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah telefon pintar jenama Iphone kepada dua orang pembantu rumahnya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan dua pembantu rumah tersebut memulakan salam raya dengan pasangan sejoli ini dan kemudian mereka diberikan telefon pintar berjenama tersebut.

“Selamat hari raya, saya minta maaf kalau ada salah. Sama-sama ada iPhone baru, sama rata. Duit raya tak ada tahun ni.

“Kerja rajin-rajin, jangan gaduh-gaduh. Kerja elok-elok,” kata Shazli.

Dalam pada itu, reaksi kedua-dua pembantu rumah itu cukup teruja dan seronok sehingga memeluk pasangan suami isteri itu sebagai tanda menghargai dengan pemberian hadiah tersebut malah mereka turut mencium anak pasangan itu, Shariq Gabriel.

Meninjau ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa gembira dan terharu dengan kasih sayang yang ditonjolkan Emma dan Shazli kepada pembantu rumahnya.

“Selamba dia peluk majikan, dia buat macam adik-beradik saja.

“Kalau tengok cara Emma dan suami nampak tak kekok bila pembantu mereka peluk. Mesti mereka orang baik,” tulisnya.

Untuk rekod, pelakon drama Kau Yang Terindah ini mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.

[VIDEO] Momen Anak Emma Maembong Merajuk Buatkan Warganet Cair-"Handsome Boy"

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Shariq Arshan Gabriel. Difahamkan Emma juga kini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak kedua yang dijangkan juga anak lelaki.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
1
+1
1
+1
2
+1
1
emma maembong
https://lomp.at/srq69
Share181Tweet113SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem