Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Tular Video Ji-min BTS Tenung Wajah Zahirah Macwilson Di New York

by Phic ARMAN
April 28, 2023
902
KONGSIAN
Share on Facebook

Di laman media sosial, tular beberapa video yang menunjukkan pelakon Zahirah Macwilson sedang menghadiri sebuah acara berprestij di New York, Amerika Syarikat. Zahirah merupakah salah satu selebriti Malaysia yang dijemput untuk acara pembukaan butik barang kemas popular Tiffany & Co iaitu  The Tiffany Landmark di negara tersebut.

Zahirah sempat bergambar dengan aktres terkenal Hollywood, Gal Gadot yang merupakan duta Tiffany & Co.

Tular Video Ji-min BTS Tenung Wajah Zahirah Macwilson

Apa yang mencuri perhatian MURAI MY, kelibat salah seorang penyanyi dari anggota BTS iaitu Jimin yang dikatakan muncul dalam beberapa video yang dimuatnaik oleh Zahirah.

Jimin dilihat cuba ‘Interframe’ di saat Zahirah berada di hadapan lensa para jurugambar di acara tersebut.

Rata-rata peminat penyanyi dari Korea ini merasa cemburu kerana Zahirah berpeluang mendekati Jimin dalam sebuah acara yang sama. Walaupun mereka berdua tidak mengenali antara satu sama lain, namun dalam beberapa video yang tular, Jimin dilihat merenung wajah Zahirah seolah-olah dia terpukau dengan kejelitaan isteri kepada Aiman Hakim ini.

View this post on Instagram

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Di laman twitter, nama Zahirah trending gara-gara video ini dan rata-rata peminat merasakan dia sangat bertuah. Selain Zahirah, pelakon Meerqeen turut berada di acara yang sama yang berlangsung pada 27 April 2023.

Kehadiran Ji-min BTS di acara tersebut sebagai salah seorang duta buat jenama aksesori mewah Tiffany & Co.Jenama mewah itu turut memaparkan imej di mana Ji-min sedang bergambar memakai timbunan reka bentuk gelang emas yang dikenali sebagai Lock bracelet. Sekadar info, selain dilantik menjadi duta untuk jenama Tiffany & Co., Ji-min turut merupakan duta buat jenama mewah Dior baru-baru ini.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
17
+1
5
+1
1
+1
3
+1
2
[VIDEO] Zahirah Macwilson Kongsi Momen Pergi 'Workout', Netizen Terpegun!-"Cepat Gila Dia Kurus Balik..."
JIminzahirah macwilson
https://lomp.at/7rfam
Share361Tweet226SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem