Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Siti Nurhaliza Difitnah Dengan Berita Palsu, Netizen Gesa Mereka Yang Terlibat Buat Permohonan Maaf

by Jash Lee
May 1, 2023
Share on Facebook

Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Amy Search telah dijemput bagi membuat persembahan, di majlis Himpunan Madani yang bertempat di Dataran Stargate, Alor Star, kedah.

Kehadiran Siti dan Amy, adalah untuk memeriahkan lagi majlis tersebut dengan dendangan beberapa buah lagu dari mereka. Selain itu, cabutan bertuah juga di adakan dengan hadiah utama merupakan dua buah motosikal berjenama.

Netizen Mahukan Permohonan Maaf Dibuat Kepada Siti

Semalam, Siti sempat memuat naik beberapa berita palsu di instastory miliknya mengenai majlis Himpunan Madani yang dihadiri olehnya. Siti juga sempat menegur, satu Media yang menulis mengenai berita palsu tersebut yang berkait dengannya.

“Siti Nurhaliza Tak Sangka Rumah Terbuka Jadi Majlis Politik”-tulis media terbabit

VIA instastory

Ada juga yang menyebarkan berita palsu, dengan edit menggunakan nama facebook Siti yang telah pun Verified untuk menyakinkan orang ramai bahawa itu adalah posting yang sebenar.

“Siapalah yang pandai2 edit fake news ni, gunakan nama Facebook saya (yang verified) dan forward merata-rata dan yakinkan orang ini posting sebenar. ini FAKE. cukup2lah semua perkara nak dibuat maca ni. saya ni penyanyi, hiburkan semua orang. bulan syawal ni bulan jalinkan silaturahim bukan sebar2 berita palsu”-Tulis Siti

VIA instastory

Malangnya, berita palsu tersebut telah tersebar sejak kelmarin dan telah menjadi fitnah yang merebak jauh ke pelbagai komuniti. Malah ada yang percaya, dan ada juga yang jadikannya bahan politik.

"Saya Nak Makan Aiskrim, Jangan Bagitahu Kak Zie"-Siti Nurhaliza

Namun, ada netizen yang bersuara mahukan mereka yang terlibat bertanggungjawab atas apa yang terjadi.

“yang sebarkan fitnah dan berita palsu. Sila buat permohonan maaf pada Ds Siti Nurhaliza.. sila bertanggungjawab atas fitnah yang dibuat”-kata mereka

VIA facebook

Apa-apa pun, di ingatkan agar sentiasa mengesahkan info & sumber sebelum menerbitkan berita supaya isu seperti ini tidak terjadi lagi. Tindakan undang-undang juga boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan sekiranya didapati bersalah.

Apa kata anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
himpunan madanisiti nurhaliza
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara