Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home missmurai

Siapa Yang Ada Pipi Tembam, Kamu Paling Beruntung! Kajian Jelaskan Kenapa…

by Lisa Ghani
May 2, 2023
Foto - Elle

Foto - Elle

163
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang ada pipi tembam, atau bermuka bulat… kamu tersangatlah beruntung.!

Sebagai generasi yang sangat menitik beratkan penjagaan kecantikan, ramai anak muda menganggap bentuk pipi dan rahang yang tirus adalah lebih menarik berbanding pipi yang bulat dan penuh atau lebih dikenali dengan gelaran ‘tembam’.

Namun begitu, ramai sebenarnya yang tidak sedar bahawa penampilan dengan bentuk pipi penuh yang bulat sebenarnya memberi faedah kepada si pemiliknya. Menurut kajian, ini kelebihan berpipi tembam yang semua wanita harus banggakan.

Nampak Muda 3 Kali Ganda

Lazimnya, pipi yang tembam ini dianugerahkan menerusi genetik. Boleh jadi, keturunan kamu sememangnya berpipi bulat. Nah, cuba lihat ibu, ayah atau kedua nenek dan atuk kamu. Bukankah mereka terlihat jauh lebih muda daripada usia asal kerana penampilan pipi tembam itu?

Lambat Diserang Penuaan

Foto – Twitter

Sekarang mungkin kamu rasa tak suka dengan penampilan pipi tembam, tapi bila wajah sudah semakin tua nanti, pipi tembamlah menjadi penyelamat untuk buat kamu terlihat muda. Apabila kamu memiliki bentuk pipi yang penuh, kedutan kurang terlihat berbanding apabila kamu memiliki pipi yang lebih tirus atau berahang tajam.

Kata Lelaki, Wajah Bulat Lebih Feminin

Beberapa kajian rambang telah dilakukan terhadap lelaki dan rata-ratanya menyatakan bahawa, wanita yang memiliki pipi bulat lebih menarik, comel, bahkan, sangat feminin.

Mudah Didekati

Percaya atau tidak, individu yang memiliki bentuk pipi penuh lazimnya lebih mudah didekati kerana mereka terlihat ramah dan mesra. Ini kerana jika diikut pada logik akal, wajah yang memiliki pipi tembam akan kelihatan lebih lembut berbanding wajah yang berpipi tirus.

Berupaya Menyimpan Emosi

Foto – Pinkvilla

Baik kamu sedang bersedih atau sedang dalam gelisah sekalipun, orang sukar mengenal pasti emosi negatif kamu kerana sememangnya memiliki pipi tembam ini buat wajah serta-merta nampak natural dan ceria sentiasa. Tak senyum pun nampak macam senyum.

Orang Mudah Kenal

Jika kamu berpipi tembam, cukup sekali pandang orang akan terus ingat siapa kamu. Ini kerana, mengikut pandangan sains, kita lebih mudah mengingati wajah seseorang apabila individu itu memiliki karakter atau struktur wajah babyface.

Apakah berpipi tirus itu lebih menjadi pujaan hati kamu sedangkan berpipi bulat ternyata lebih comel dan kelihatan awet muda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

bentuk mukamuka bulatpipi tembam
https://lomp.at/x6dp5
Share65Tweet41SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem