Baru-baru ini, Salman Khan muncul di dalam sebuah rancangan khas dan beliau sempat memberitahu kepada orang ramai bahawa dia merancang untuk mempunyai anak serta ingin menunjukkan sifat kebapaannya itu.
Menerusi laporan Media India, Salman Khan mempunyai rancangan untuk dirinya pada masa hadapan, serta beliau sering berkongsikan dengan peminat-peminatnya mengenai kemahuannya itu.
Belum Bersedia Untuk Berkahwin?
Keinginan Salman Khan untuk menjadi bapa sangat tinggi, serta pernah berkata bahawa walaupun dia tidak berkahwin akan tetapi dia ingin mempunyai anak namun undang-undang di India tidak meluluskan perkara tersebut.
Pernah juga ditanya di dalam rancangan sebelum ini, bahawa bilakah salman akan memenuhi permintaan ibu dan ayahnya untuk berkahwin.
“Saya tak berapa pasti mengenai perkahwinan akan tetapi saya ada perancangan untuk menjadi seorang bapa”-kata Salman Khan
kisah perhubungan Salman Khan sering menjadi tumpuan peminatnya serta media di India. Dahulu, Salman Khan pernah hampir berkahwin dengan pelakon wanita iaitu Sangeeta Bijlani serta mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 1994. Namun mereka memutuskan untuk tidak jadi berkahwin sebulan sebelum tarikh asal perkahwinan itu.
Mengulas dengan lebih lanjut, Salman Khan ingin menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan anak kerana dia amat sukakan kanak-kanak. Namun undang-undang di India mungkin akan berubah dan Salman Khan hanya mampu menunggu keputusan sahaja.
Dia juga berkata, Jika anak tersebut hadir dalam hidupnya maka ibunya juga akan turut hadir, Salman Khan menggunakan bahasa kiasan. Ibu akan menjaga baik anak tersebut tapi saya mempunyai ramai ibu di rumah serta di seluruh kampung, mereka mampu untuk menjaga anak tersebut dengan baik.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.